Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aplikasi Boost – Cara Tambah-Nilai Yang Lebih Mudah, Cepat & Penuh Ganjaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aplikasi Boost – Cara Tambah-Nilai Yang Lebih Mudah, Cepat & Penuh Ganjaran

Tentunya anda sudah biasa membeli tambah-nilai untuk pelan prabayar anda di kedai runcit, atau menerusi perkhidmatan perbankan. Tetapi alangkah baiknya jika ada cara tambah-nilai yang lebih mudah dan penuh ganjaran.

Aplikasi Boost menawarkan cara tambah-nilai yang amat mudah, dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa melalui telefon pintar anda. Selepas setiap tambah-nilai yang dilakukan di aplikasi Boost, anda juga mempunyai peluang untuk menikmati ganjaran. Proses tambah-nilai kini akan menjadi lebih seronok! Selain itu, aplikasi Boost turut memudahkan anda untuk melanggan pelan-pelan internet dengan cara yang lebih efisien, tanpa perlu melalui proses yang merumitkan. Anda juga boleh sentiasa memantau penggunaan kredit dan pelan internet untuk mengurus pelan prabayar anda dengan lebih berkesan.

Aplikasi Boost telahpun diterbitkan pada Google Play Store dan sedia dimuat-turun para pengguna prabayar di Malaysia. Buat masa permulaan ini, aplikasi Boost adalah sesuai untuk pelan prabayar Xpax. Pengguna Xpax boleh menikmati RM10 Boost Kredit PERCUMA apabila mendaftar akaun di aplikasi Boost. Tawaran ini akan tamat tidak lama lagi, jadi jangan lepaskan peluang ini! Boost juga ada rancangan untuk menawarkan tambah-nilai prabayar dari syarikat telekomunikasi yang lain tidak lama lagi.

Bagi menggunakan aplikasi ini, pengguna perlu:

  1. Muat turun dari Google Playstore.
  2. Daftar akaun Boost
  3. “Shake” atau goncang telefon pintar anda untuk menikmati ganjaran RM10 Boost Kredit PERCUMA jika anda pengguna Xpax
  4. Letakkan maklumat kad debit/kad kredit atau maklumat Maybank2u
  5. Beli Boost Kredit
  6. Selepas setiap tambah-nilai, “Shake” / goncang peranti anda anda untuk peluang menikmati ganjaran. (Shake Bonus)

Perkongsian Boost Kredit kepada rakan-rakan yang menggunakan aplikasi Boost adalah PERCUMA, sekaligus membolehkan mereka membeli tambah-nilai. Untuk maklumat lanjut tentang cara membeli Boost kredit dan top up, sila tonton video ini.

Muat-Turun: Boost untuk Android

Baca lebih lanjut: Aplikasi Boost

Penafian: Advertorial dari Boost






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iD7hVx

1 comment:

  1. wow, tengok macam boost ni akan ganti agent2 top up sekarang, sesiapa pun boleh pakai boost ni untuk reload phone credit mereka...

    ReplyDelete

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.