Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Dahlah Guna Lorong Kecemasan + Potong Barisan, Dia Maki Hamun Orang Pulak' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Dahlah Guna Lorong Kecemasan + Potong Barisan, Dia Maki Hamun Orang Pulak'

PUTRAJAYA – Berang tidak diberi peluang masuk semula ke lorong kiri, seorang pemandu tergamak memaki hamun dan menunjukkan isyarat lucah pada pengguna jalan raya yang lain. 
Difahamkan kejadian berlaku pada 31 Januari lalu di mana pemandu kereta Proton Persona terbabit telah menyalahgunakan lorong kecemasan dan kemudian cuba memotong barisan di depan pengadu. 
“Hang bawak ikut lorong kecemasan, lepaih tu hang nak masuk orang tak bagi, hang pi maki hamun orang pulok? Ceh! Bodo piang. 
“Mentang-mentanglah kereta aku kereta lama. Aku bayaq tol jugak la. Siap smart tag lagi tau,” kata Faizul Ismail. 
Bagi Faizul, apa yang berlaku adalah melibatkan sikap individu berkenaan, bukan melibatkan bangsa. 
“Aku bukan rasis, kawan aku pun ramai India juga. Semua baik-baik, tak macam seorang ni. Isteri dia pun nampak baik,” katanya. 
Status dan gambar yang dimuat naik oleh Faizul itu viral di media sosial dan mendapat 8,919 perkongsian yang rata-ratanya mengecam tindakan pemandu Persona yang dianggap sebagai samseng jalan raya. 
Pengguna jalan raya dinasihatkan banyak bersabar dan tidak memotong barisan ketika kesesakan lalu lintas. Tindakan seperti itu hanya akan mengundang kemarahan pengguna yang lain dan seterusnya menyumpah anda selama 7 keturunan. – The Reporter






Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.