Rekaan Konsep Apple IPhone 8 Dengan Touch Bar Diperlihatkan
iPhone yang dilancarkan tahun ini dipercayai akan membawakan pelbagai rekaan baru penuh inovasi sempena ulang tahunnya yang ke-sepuluh. Sejak tahun lalu lagi kedengaran ura-ura ia akan mempunyai rekaan semua-skrin AMOLED dan sistem pengecasan tanpa wayar. Sejak kebelakangan ini fungsi dari iPhone diperkenalkan pada MacBook. Apakah pula akan terjadi sekiranya fungsi MacBook 2016 diperkenalkan pada iPhone?
Thadeu Brandão seorang pereka yang berasal dari Brazil menghasilkan konsep iPhone 8 dengan Touch Bar pada bahagian dagu iPhone. Seperti pada MacBook, pelbagai butang tambahan boleh diletakkan pada bahagian bawah untuk mengawal aplikasi. Rekaan konsep ini juga mempunyai skrin yang hampir memenuhi keseluruhan bahagian hadapan peranti.
Sebuah konsep yang cukup menarik tetapi mungkin terlalu di luar kotak untuk Apple buat masa ini. Apa pula pendapat anda? Haruskah Touch Bar digunakan pada iPhone di masa hadapan?
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment