Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Lepaskan 4 Das Tembakan Kearah Bekas Isteri Sebelum Tembak Diri Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Lepaskan 4 Das Tembakan Kearah Bekas Isteri Sebelum Tembak Diri Sendiri

Kuala Lumpur, 3 Feb : Seorang lelaki bertindak menembak mati bekas isterinya sebelum membunuh diri di tingkat 16, Menara Centara, Jalan Chow Kit di sini dalam kejadian kira-kira jam 3 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu pada jam 3.15 petang.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 51 tahun datang ke pejabat bekas isterinya, 46, di tingkat 16 menara berkenaan membawa pistol dan parang pada 2.58 petang.

Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek melepaskan empat das tembakan. Dua tembakan mengenai bahagian belakang dan paha kanan mangsa sebelum lelaki itu menembak diri sendiri di kepala,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Rusdi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian itu.

Berdasarkan maklumat awal, suspek dan mangsa sudah bercerai lima tahun lalu dan mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup sebelum ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

[embedded content]

Sementara itu, Bernama memuat naik video suasana orang ramai menggerumi sekitar kawasan kejadian.

Sumber: Harian Metro





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.