Komen Fazura Digelar 'girlfriend' Oleh Deejay Randy
Nur Fazura menyifatkan gelaran ‘girlfriend’ yang digunakan oleh deejay dari Amerika Syarikat iaitu Randy Seidman dalam sebuah video eksperimen sosial bukan suatu perkara pelik.
Fazura berkata, penggunaan kata itu bukan bererti dia menjadi kekasih lelaki itu sebaliknya ia adalah perkara biasa dalam merujuk kepada kenalan wanita di negara itu.
“Saya tak salahkan siapa yang buat pertikaiKan sebab di sini (Malaysia) ia bukan sesuatu yang normal apabila seorang lelaki sebut ‘girlfriend’ bagi rakan wanita mereka.
“Tetapi di Amerika ia perkara biasa dan Randy saya sudah anggap sebagai rakan baik dan kami pun sudah berkawan sejak lima tahun lalu,” katanya kepada mStar Online.
Tag : Artis Bercinta , Deejay Radio , Fazura , Gossip Artis , Kekasih Artis
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment