Tunangan Tertua: Wanita 106 Tahun Bertunang Dengan Lelaki Berusia 66 Tahun Selepas Cinta Pandang Pertama Di Rumah Tua
Brazil – Seorang wanita di Brazil menjadi wanita paling tua bertunang apabila menyempurnakan majlis itu di usia 106 tahun.
Valdemira Rodrigues de Oliveira (Valda) bertunang kepada seorang lelaki berusia 66 tahun, Aparecido Dias Jacob (Jaco) selepas tiga tahun mengenali antara satu sama lain.
Kedua-dua mereka tinggal di rumah tua Nossa Senhora Fatima di Pirassununga, Selatan Brazil.
Bercakap mengenai bakal suaminya, Valdemira berkata: “Saya jatuh cinta kepadanya. Saya sangat sukakannya dan jika dia mati, saya juga mati”
Seorang sukarelawan di rumah tua itu, Fabiane Zaffalon berkata: ‘Kami timbul dengan idea pada November lalu untuk tanya penghuni rumah tua itu apa impian mereka.
“Kami tanya Valda dan Jaco secara berasingan. Kedua-dua mereka kata mahu berkahwin dan mahu memilik rumah supaya boleh hidup bersama’.
Namun doktor memberi amaran bahawa pasangan itu tidak sesuai untuk tinggal serumah kerana usia dan masalah kesihatan.
Fabiane menambah: “Jadi kami mengambil keputusan untuk merealisasikan impian Valda dan Jaco dengan satu majlis pertunangan.
Pasangan itu berjumpa di rumah tua tersebut pada 2014 dan detika itu adalah cinta pandang pertama buat Jaco, yang menderita penyakit paralisis tangan kiri.
Jaco berkata: “Saya jatuh cinta dengan Valda di saat saya melihatnya. Saya tahu dia lebih tua dari saya, tapi itu tak penting kerana dia buat saya sangat gembira.
“Saya telah bertanya dia untuk berkahwin dengan saya dan kami berdua sentiasa percaya yang ia akan jadi kenyataan. Tapi pertunangan ini merupakan langkah kecil ke arah itu buat masa sekarang.
Valda |
Jaco |
Sumber: Dailymail
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment