Hi! Welcome Back and Stay Tune! Snapchat Sahkan Mereka Utamakan Pembangunan Aplikasi Untuk iOS Berbanding Android - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Snapchat Sahkan Mereka Utamakan Pembangunan Aplikasi Untuk iOS Berbanding Android

Snapchat merupakan salah satu aplikasi media sosial popular yang membolehkan pengguna berkongsi kandungan yang hilang dalam tempoh 24 jam. Kini, dengan syarikat mereka yang mendaftar untuk penyenaraian syarikat di bursa, beberapa info dalam syarikat berkenaan mula diketahui.

Salah satu daripadanya, pihak Snap mengesahkan yang mana mereka mengutamakan pembangunan pada iOS berbanding dengan Android. Ini mungkin tidak menjadi kejutan kepada pengguna, memandangkan pengalaman aplikasi Snapchat pada iOS adalah jauh lebih baik berbanding pada Android.

Perkara ini mungkin berlaku kerana kemudahan mereka mengoptimasikan aplikasi untuk hanya satu platform dengan beberapa peranti sahaja – berbanding Android yang mempunyai ratusan peranti berbeza.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama Snap turut mengaku yang mana sekiranya iOS kehilangan pegangan pasaran, ia secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada aplikasi dan perkhidmatan mereka.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2l2kMii

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.