Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Bahan Api Dijangka Naik Lagi Dalam Tempoh Dua Hingga Tiga Bulan Akan Datang – Penganalisis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Bahan Api Dijangka Naik Lagi Dalam Tempoh Dua Hingga Tiga Bulan Akan Datang – Penganalisis

Mungkin ini bakal menjadi berita yang ‘mendukacitakan’ buat kita semua. Menurut laporan yang disiarkan oleh Sinar Harian dan Sin Chew Jit Po, jika dilihat berdasarkan perkembangan ekonomi masa kini, harga runcit bagi petrol dan diesel dijangka akan terus meningkat dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

Menurut pakar ekonomi yang juga Ketua Khidmat Rundingan Cukai dan Kewangan Great Vision Advisory Group, Datuk Chua Tia Guan yang meramalkan keadaan ini, terdapat dua punca utama kenaikan harga minyak di Malaysia. Pertama, didorong oleh kenaikan harga minyak mentah di negara kita dan faktor kedua pula melibatkan kadar pertukaran nilai mata ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

“Kerajaan kita telah menetapkan harga runcit minyak petrol dan diesel bergantung kepada apungan terurus melalui harga purata bulanan pasaran minyak dunia, manakala harga minyak mentah adalah dikira dengan dolar Amerika Syarikat.

“Oleh itu, saya nasihatkan pengguna agar bersiap sedia menghadapi situasi yang lebih mencabar lagi dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang,” ujar Tia Guan.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengharapkan agar kerajaan lebih bersikap prihatin dengan masalah rakyat yang dibebani dengan kenaikan harga minyak ini.

“Negara kita adalah negara pengeluar minyak. Kerajaan perlu menggunakan sumber pendapatan daripada hasil minyak mentah ini untuk menyediakan pelbagai infrastruktur, seperti sekolah dan jalan raya untuk kemudahan rakyat jelata.

“Ketika kebanyakan harga barang telah naik, kerajaan seboleh-bolehnya perlu menyediakan subsidi ataupun bantuan kewangan agar dapat mengurangkan bebanan rakyat, khasnya golongan berpendapatan rendah,” katanya lagi.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.