Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jerit ‘Tauke Judi Kebal’, Zuraida Desak Polis Hantar Jamal Ke Tanjung Rambutan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jerit ‘Tauke Judi Kebal’, Zuraida Desak Polis Hantar Jamal Ke Tanjung Rambutan

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan reman selama lima hari bermula hari ini berkaitan serbuannya terhadap premis yang didakwanya sebagai sarang perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.

Perintah tahanan reman selama lima hari itu dibuat oleh majistret Mohd Firdaus Saidina Ali, akan berakhir Selasa depan.

“Tauke judi kebal,” jerit Jamal ketika melangkah keluar dari mahkamah majistret Ampang, hari ini.

Kira-kira 15 penyokong beliau turut hadir dan menunggu di luar bilik mahkamah sepanjang prosiding reman.

Peguam Jamal, Zamri Idrus, berkata reman itu dilakukan kerana polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan mereka.

Manakala Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin mengalu-alukan penangkapan Datuk Seri Jamal Yunos dan mencadangkan polis menghantar pemimpin Umno itu menjalani pemeriksaan mental.

“Saya mengesyorkan pihak polis merujuk Jamal Yunos untuk pemeriksaan kewarasan di Tanjung Rambutan dan melindungi keselamatan orang awam daripada ancaman beliau,” katanya dipercayai merujuk Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak.

Zuraida yang sebelum ini sering bertikam lidah dengan Jamal, menyifatkan ketua Umno Sungai Besar itu “tidak waras” susulan beberapa aksi protes termasuk “protes tuala” di luar Bangunan SUK, Shah Alam, Disember lalu, bagi membantah gangguan bekalan air di Lembah Klang.

“Jamal yang tidak waras setakat ini melakukan adegan termasuk berkeadaan hampir bogel di tengah jalan beberapa bulan yang lalu, beliau menyimbah cat pada wanita dan secara membuta-tuli menuduh dipukul sedangkan rakaman video membuktikan sebaliknya,” kata ketua Wanita PKR itu dalam kenyataan hari ini.

The post Jerit ‘Tauke Judi Kebal’, Zuraida Desak Polis Hantar Jamal Ke Tanjung Rambutan appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.