Hi! Welcome Back and Stay Tune! Volvo Malaysia Sasar Lima Lagi Pasaran Eksport Untuk Tahun 2017 – Akan Dimulakan Dengan Model SUV XC90 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Volvo Malaysia Sasar Lima Lagi Pasaran Eksport Untuk Tahun 2017 – Akan Dimulakan Dengan Model SUV XC90

Tahun ini, Volvo Car Manufacturing Malaysia mempunyai perancangan untuk mengembangkan lagi pasaran eksport mereka ke lima negara baharu iaitu Vietnam, Myanmar, Filipina, Indonesia dan Taiwan. Perkara ini diberitahu oleh pengarah urusan Volvo Car Manufacturing Malaysia, Fredrik Karlsson.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, Karlsson mendedahkan bahawa langkah itu hadir selepas penstrukturan semula kilang mereka di Shah Alam berjumlah RM20 juta, seterusnya membolehkan syarikat meningkatkan jumlah pengeluaran kepada 5,000 buah kenderaan setiap tahun. Ini juga adalah sebahagian daripada pelan pengembangan perniagaan awal 2020 Volvo Car Manufacturing Malaysia.

“Kami akan mulakan eksport kenderaan pada pertengahan tahun (selepas kilang tersebut lengkap), bermula dengan model SUV mewah XC90 dan diikuti oleh model baharu menjelang akhir tahun,” kata beliau. Karlsson turut menambah bahawa Volvo mempunyai sasaran untuk meningkatkan kapasiti kilangnya sebanyak 50 peratus daripada jumlah sekarang sebanyak 1,500 buah kenderaan, diikuti 50 peratus lagi tahun hadapan.

Pada masa sekarang, 60 peratus daripada jumlah pengeluaran keseluruhan adalah untuk pasaran domestik, manakala selebihnya adalah untuk dieksport ke Thailand. “Pada tahun sebelum ini, keadaan adalah sebaliknya. Tetapi kerana Thailand menghadapi kesukaran (kelembapan ekonomi dan cuaca buruk) pada tahun lepas, jumlah pengeluaran kami juga berkurangan,” tambah Karlsson.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.