Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerana Terlalu Percayakan Jurujual Daripada Doktor, Tak Pasal-Pasal Leher Saya Kena Tebuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerana Terlalu Percayakan Jurujual Daripada Doktor, Tak Pasal-Pasal Leher Saya Kena Tebuk

Seperti kita ketahui, terdapat pelbagai jenis ubat diluar sana, ada yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, dan ada yang dijual secara haram.

Ada yang tidak mendapat kelulusan KKM, merbahaya sehingga boleh menyebabkan nyawa melayang, namun masih ramai yang membelinya dari pasaran.

Jika anda mengalami sesuatu sakit, rujuklah kepada yang pakar iaitu doktor, mereka lebih tahu akan keadaan kita, apa yang boleh kita lakukan, bukan lebih percaya cakap jurujual yang tidak bertauliah.

Jom baca perkongsian Dr Rafidah Abdullah mengenai seorang rakannya yang juga merupakan pesakitnya, kerana terlalu percayakan jurujual.

Gambar Hiasan

“Tak pasal-pasal leher saya kena tebuk”

56 tahun, MakCik ni baik orangnya, peramah. Anak-anaknya semua prihatin, sentiasa mengingatkan MakCik JANGAN ambil supplemen. Mereka juga staf bidang perubatan. 

Tapi MakCik tewas dengan godaan jurujual (dulu nya “rakan-rakan”, sekarang mungkin tidak lagi). Beliau ada Kencing Manis, Darah Tinggi yg tidak berapa teruk selama setahun. Pertengahan tahun lepas, bacaan fungsi buah pinggang iaitu creatinine Makcik hanya 71 umol/L (normal), lepas tu bulan Disember naik 420. Masuk wad sesak nafas (air berlebihan dalam badan), kemudian naik 980 pertengahan bulan Januari 2017.

Dia dah tak tahan, terpaksa menjalani Dialisis. Untuk tujuan itu, beliau perlu “ditebuk” untuk diletakkan tiub Dialisis seperti gambar dibawah (gambar hiasan sahaja). Risiko prosedur ini tinggi, apatah lagi risiko menjalani Dialisis. 

Beliau pada masa itu tidak mengaku ambil supplemen tetapi bila jumpa kembali di klinik setelah seminggu discaj, beliau mengaku mengambil supplemen ******* bermula sejak 3 bulan yang lepas.

Sekarang MakCik menyesal, berjanji tidak mengambil apa-apa lagi selain dari ubat hospital. Alhamdulillah fungsi buah pinggang beliau hampir kembali normal 110 umol/L. Tiub leher pun dah dibuang, tidak perlu Dialisis lagi😊

Kenapa agaknya jurujual produk ni menggangu pesakit kronik, menjanjikan bulan dan bintang. Dia kaut untung, pesakit terseksa😂.

Saya akan meneruskan memberi kesedaran kepada masyarakat. Makcik ni bernasib baik; ramai lagi yg fungsi buah pinggang tidak kembali normal dan memerlukan Dialisis seumur hidup.

Beri lah kepercayaan penuh utk kami terus menolong anda. Jangan ambil risiko sebegini😭

#JanganKacauPesakitKronik

Dr Rafidah Abdullah
Pakar Buah Pinggang

Siakapkeli.my





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.