Jepun Mula Mengumpulkan Peranti Elektronik Terbuang Untuk Dikitar Semula Menjadi Pingat Olimpik
Jepun bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020, dan sebelum ini mereka sedia mengumumkan yang mana mereka mungkin akan membuat pingat Sukan Olimpik daripada barangan elektronik terbuang. Kini, mereka mengesahkan perkara berkenaan, dan telah memulakan proses untuk mengumpul barangan elektronik tak pakai daripada rakyat Jepun.
Dengan ini, semua rakyat Jepun kini boleh turut serta dan memainkan peranan mereka dalam menyertai sambutan Sukan Olimpik 2020.
Mengikut perancangan pihak penganjur, mereka ingin mengumpul sekitar 8 ton barangan logam, yang meliputi 40kg emas, 4920 kg perak dan 2944 kg gangsa.
Jepun juga akan bekerjasama dengan NTT Docomo dalam menyediakan kotak pengumpulan khusus bermula April kelak dalam mengumpulkan sumbangan barangan elektronik tak pakai atau terbuang daripada rakyat mereka.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2l2QX0h
Post a Comment