Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemaskini PlayStation 4 Seterusnya Akan Menyertakan Sokongan Untuk Cakera Keras Luaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemaskini PlayStation 4 Seterusnya Akan Menyertakan Sokongan Untuk Cakera Keras Luaran

Sony hari ini telah berkongsi mengenai beberapa ciri-ciri baru yang bakal hadir bersama-sama PS4 System Software Update 4.5 tidak lama lagi, dimana salah satu yang mencuri perhatian adalah sokongan untuk cakera keras luaran.

Dengannya, kini pengguna boleh menghubungkan sebarang cakera keras HDD USB 3.0 ke Ps4 mereka, dan menyimpan kandungan padanya. Sony mengatakan ia menyokong HDD sehingga 8TB, dan pengguna bukan sahaja boleh menyimpan kandungan, tetapi turut memuat-turun dan memasang aplikasi terus padanya sebagai penggunaan ruangan storan tambahan.

PlayStation 4 HDD

Disamping itu, kemaskini ini juga akan menawarkan sedikit kemaskini pada antaramuka – termasuk sokongan gambar latar mengikut kegemaran pengguna, selain kemaskini untuk menu pantas. Notifikasi juga kini lebih dipermudahkan, disamping memudahkan pengguna untuk berkongsi terus ke Activity Feed dengan pantas.

Sony mengatakan PS4 System Software Update 4.5 akan menawarkan lebih banyak ciri-ciri lain, dan akan dikongsikan mereka dalam minggu-minggu akan datang.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2l3wPf1

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.