Arahan Penutupan Pulau Sembilan Kekal – Zambry
IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini bertegas bahawa kerajaan negeri tidak akan menarik balik keputusan untuk menutup Pulau Sembilan walaupun ianya mendapat tentangan daripada pelbagai pihaknya terutamanya golongan penggiat pelancongan.
Beliau berkata keputusan menutup pulau yang terkenal dengan “blue sand” itu adalah tidak lain untuk melindungi khazanah alam semula jadi sedia ada dan mengelak daripada kerosakan lebih teruk.
Menurut beliau walaupun penggiat pelancongan menyeru pulau itu terus dibuka dan kekal beroperasi namun kerajaan negeri menganggap ianya bukanlah satu isu utama berbanding kepentingan memelihara kecantikan pulau tersebut.
Tambah beliau, Exco Pelancongan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi telah diarah menyiasat perkara tersebut secara teliti dalam memastikan Pulau Sembilan kekal sebagai salah satu kawasan terindah di Perak dengan usaha pemuliharaan dan pemeliharaan.
Beliau berkata demikian dalam pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, pada Rabu.
Baru-baru ini, Nolee mengumumkan penutupan Pulau Sembilan berikutan kerja membaik pulih struktur pasir yang kini sudah tidak lagi begitu berkualiti.
Katanya, jumlah pelancong yang datang ke pulau berkenaan kini sudah berada di luar kawalan dan mencecah angka yang sepatutnya.
Justeru, pihak kerajaan negeri mengambil keputusan untuk memperketatkan undang-undang dan menutup pulau itu untuk jangka masa yang belum ditentukan.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nBsnIA✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment