Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jabatan Imigresen Jalankan Siasatan Dalaman Dakwaan Wanita Thai Dirogol - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jabatan Imigresen Jalankan Siasatan Dalaman Dakwaan Wanita Thai Dirogol

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan serta-merta dengan menjalankan siasatan dalaman oleh Bahagian Integriti JIM berhubung dakwaan seorang tahanan wanita warga Thailand dirogol di Depot Tahanan Machap Umbo, Melaka.

Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) JIM, Datuk Ibrahim Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata pegawai yang terlibat telah dipanggil memberi keterangan.

“JIM akan melakukan siasatan secara terperinci berhubung kes ini yang jika hasil siasatan mendapati pegawai tersebut terbukti bersalah melanggar peraturan sebagai penjawat awam, jabatan ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002,” katanya lagi.

Jelas Ibrahim, JIM juga menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan di atas laporan polis tersebut dan JIM akan sentiasa telus serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM.

JIM tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti, katanya lagi.

Tambah Ibrahim, tindakan dan hukuman yang serius akan diambil termasuk buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan seorang wanita warga Thailand membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah semalam mendakwa kakaknya dirogol oleh seorang anggota JIM ketika proses rakaman percakapan di Depot Tahanan Machap Umbo, Melaka dua minggu lalu. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mPlwak

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.