Hi! Welcome Back and Stay Tune! Instagram Ingin Membolehkan Pengguna Membuat Tempahan Bersama Perniagaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Instagram Ingin Membolehkan Pengguna Membuat Tempahan Bersama Perniagaan

Instagram, salah satu aplikasi gambar yang dimiliki oleh Facebook, kelak akan membolehkan para pengguna membuat tempahan bersama perniagaan – sebahagian daripada kaedah mereka dalam memperluaskan penggunaan aplikasi popular berkenaan.

Kelak, sebagai contoh, pengguna boleh membuat tempahan untuk potong rambut dengan hanya ke profil Instagram milik sesuatu salon, dan menekan butang untuk tempahan. Ini secara tidak langsung akan membuatkan Instagram bersaing dengan perkhidmatan lain seperti Yelp.

Ciri baru ini dijangka diperkenalkan dalam tempoh beberapa bulan lagi, memberikan lebih 1 juta pengiklan di Instagram untuk menghasilkan impak yang lebih baik berbanding sedia ada.

“Apabila pengguna membuat tempahan, ia bukannya seperti “Like” atau “Follow”. Ia merupakan transaksi sebenar,” kata James Quarles dari Instagram. Lebih banyak fungsi juga dijangka akan ditambah pada aplikasi berkenaan, seperti fungsi memberikan ulasan untuk sesuatu perniagaan.

Pada hari ini, sekitar 8 juta perniagaan mempunyai dan menggunakan profil di Instagram. Ia turut dikatakan yang mana 80% daripada pengguna aplikasi berkenaan mengikuti akaun sesuatu perniagaan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mQ8IjG



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.