Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pandang Pertama Oukitel U20 Plus – Peranti Dwi-Kamera Mampu Milik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pandang Pertama Oukitel U20 Plus – Peranti Dwi-Kamera Mampu Milik

 Oukitel memasuki pasaran Malaysia secara rasmi semalam dengan pelancaran tiga peranti baru U20 Plus, K6000 Plus dan U16 Max. Dari ketiga-tiga peranti ini, U20 Plus mungkin yang paling menarik kerana dilengkapi sistem dwi-kamera. Tambah menarik ialah harga jualannya yang amat mampu milik iaitu RM 639 sebuah. Apakah pendapat kami mengenai peranti ini? Berikut ialah pandang pertama kami mengenai peranti ini.

Spesifikasi

Oukitel U20 Plus
Skrin 5.5″ IPS LCD HD Penuh
Pemproses Snapdragon 653
Cip Grafik Adreno 510
RAM 2 Gigabyte
Muatan Dalaman 32 Gigabyte (Kad MikroSD sehingga 128 GB)
Kamera Utama 13 + 0.3 Megapixel
Kamera Depan 5 Megapixel
Kalis Air Tidak
Bateri 3300 mAh
SIM/Telefoni Dwi SIM Nano + Mikro / HIbrid
NFC Tiada
Infra Merah Tiada
Pengimbas Cap Jari Ya
Bicu Audio Ya
Harga RM 539

Skrin 5.5″ IPS LCD dengan resolusi HD penuh buatan JDI digunakan pada peranti ini. Pemproses empat teras MediaTek MTK 6737T memperkasakan peranti dipadankan dengan RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Bagi yang memerlukan storan tambahan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte disokong.

Peranti ini menyokong penggunaan diw-SIM dengan satu slot untuk SIM nano dan satu lagi bersaiz Mikro. Talam SIM yang digunakan adalah unik kerana ianya bertingkat. Apa yang kami maksudkan di sini ialah apabila dua SIM digunakan serentak, ia bertindan antara satu sama lain. Apabila kad MikroSD digunakan, hanya talam SIM mikro boleh digunakan kerana slot untuk SIM nano telah diambil oleh kad MikroSD. Seperti majoriti peranti di pasaran sekarang, talam perlu dicucuk dengan jarum sebelum boleh dikeluarkan.

Kamera utama menggunakan sistem dwi-kamera 13 + 0.3 Megapixel. Sensor kedua merangkap maklumat kedalaman untuk menghasilkan kesan khas bokeh dan pemfokusan semula selepas foto diambil. Kamera hadapan pula sebesar 5 Megapixel. Rakaman video tertinggi yang boleh dilakukan U20 Plus ialah 1080P 30 FPS sahaja.

Bateri sebesar 3300 mAh disertakan. Kerana ini sebuah peranti mesra dompet, sistem pengecasan pantas tidak disertakan. Bateri juga tidak boleh ditanggalkan.

Terdapat pengimbas cap jari berbentuk bulat pada panel belakang peranti. Ini sahaja “kemewahan” yang diberikan kerana U20 Plus tidak mempunyai sokongan untuk NFC, pemancar infra merah ataupun kemampuan kalis air.

Rekabentuk

Rekabentuk peranti mengingatkan kami kepada sebuah iPhone 7. Bonjol kamera berkembar pada panel belakangnya memang serupa dengan yang ditemui pada sebuah iPhone 7 Plus.

Persamaan tidak terhenti di sini. Sisi melengkung dan rekaan butang juga mempunyai persamaan. Butang kuasa dan suara terletak pada sisi kiri peranti.

Pada sisi kanan pula terdapat talam SIM. Bergerak ke bahagian atas terdapat bicu audio 3.5mm. Port pengecasan MikroUSB dan pembesar suara pula terletak pada bahagian peranti. Pembesar suara yang digunakan adalah dari jenis mono sungguhpun terdapat dua kekisi pada bahagian bawah. Kekisi kedua diletakkan hanya sebagai hiasan kosmetik.

Tiga butang navigasi kapasitif terletak pada pada bahagian dagu. Butang home di bahagian tengah dihimpit oleh butang back pada sebelah kanan dan butang menu pada sebelah kiri. Jangan betulkan mata anda kerana ya U20 Plus masih lagi menggunakan butang menu yang sepatutnya telah pupus. Bagi melancarkan skrin multi-tasking, pengguna perlu menekan butang home selama beberapa saat. Ketiga-tiga butang navigasi ini juga tidak berlampu sekaligus menyukarkan penggunaan pada waktu malam.

Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam dengan kemasan panel belakang yang berkilat seakan iPhone 7 Jet Black. Ia mungkin kelihatan menarik tetapi memerangkap cap jari dengan cukup mudah. Pada waktu yang sama ia turut menjadikan peranti amat licin untuk dipegang. Tetapi kombinasi sisi bulat dan tubuh yang melengkung membuatkan peranti selesa untuk dipegang. Seperti biasa apabila berhadapan dengan peranti dengan tubuh yang licin dan memerangkap cap jari, kami menyarankan pembaca supaya membeli kerangka pada kadar segera.

Antaramuka

Android 6.0.1 Marshmallow digunakan dengan pelancar Oukitel. Sebanyak 70% rekaan antaramuka Android Stock dikekalkan dengan beberapa kustomasi disertakan. Pengguna boleh memilih animasi skrin apabila ia ditatal, tema dan mengubah gambar latar belakang dengan menekan skrin menu. Ia mengingatkan kami kepada pelancar ColorOS semasa ia masih menggunakan Kit Kat.

Keseluruhan ikon juga diubah. Kerana ia peranti dari tanah besar China, talam aplikasi tidak disertakan. Berikut ialah beberapa fungsi tambahan yang disertakan pada peranti ini.

Theme – Mengubah tema peranti

Super Screenshot – Merakam gambar skrin secara memanjang.

Triple Pointer Take – Merakam gambar skrin dengan tatalan tiga jari di atas skrin.

Smart Wake – Dwi tap untuk menghidupkan skrin yang tidak aktif dan melakar huruf untuk melancarkan aplikasi tertentu disokong.

Flip Silent – Menghentikan deringan telefon dengan menterbalikkan peranti.

Kesimpulan

Di atas kertas spesifikasi Oukitel U20 Plus adalah kurang menarik jika dibandingkan dengan peranti yang dilengkapi sistem dwi-kamera yang lain. Tetapi kita harus melihat dari sudut berbeza apabila berbicara tentang peranti ini. Ia jelas dihasilkan bagi golongan yang mahukan peranti yang mampu milik. Dari penggunaan selama beberapa minit di majlis pelancaran, kami merasakan ia adalah peranti yang lancar. Tiada masalah dalam melancarkan aplikasi walaupun tidak sepantas peranti kelas pertengahan yang dilengkapi pemproses Snapdragon 650 dan ke atas.

Rekaan peranti adalah menarik dan selepas dipegang kerana sisi yang dibulatkan. Sungguhpun begitu kemasan yang berkilat menjadikannya peranti yang licin dan mudah memerangkap cap jari.Pada waktu yang sama sedikit mengecewakan ia masih menggunakan Android Marshmallow. Tambah aneh di sini ialah ia masih menggunakan sistem butang menu. Untuk mengaktifkan skrin multi-tasking, pengguna perlu menekan butang home selama beberapa saat.

Dengan harga jualan RM 639, ia adalah peranti dwi-kamera yang mampu milik. Bagi yang tidak mahu berbelanja lebih untuk peranti dwi-kamera, U20 Plus ialah peranti yang memenuhi kriteria ini. Kami akan cuba mengulas peranti ini sekiranya mendapat peranti dari pihak Oukitel.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mrQKZH



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.