Hi! Welcome Back and Stay Tune! NORZIZI Tiada istilah bersara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NORZIZI Tiada istilah bersara

Tiada istilah bersara dalam kanvas seni pelakon dan aktivis teater terkenal Dr Norzizi Zulkifli.

Pun begitu, selepas menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Of Wollongong, New South Wales, Australia, Norzizi, 41, melebarkan sayap ke cabang seni lain pula.

Jika dulu dia aktif berlakon, kini pensyarah kanan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu beralih ke pengarahan teater.

“Sejak kecil saya bercita-cita duduk di kerusi pengarah. Teater pertama arahan saya ialah Di Bawah Lindungan Kaabah monodrama lakonan Khir Rahman dan Mak Yong Anak Raja Gondang.

“Saya juga pengarah makyung termuda dan pernah mengarah Mak Yong Raja Tangkai Hati pada 2003 serta Teater Muzikal Kanak-kanak Aladdin pada 2007.

“Semangat semakin membara untuk serius mengarah selepas menyambung pengajian peringkat sarjana dalam jurusan pengarahan teater di Middlesex University, United Kingdom sebelum ini,” katanya.

Puteri sulung pasangan artis veteran Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar itu turut menegaskan sekian lama berkecimpung dalam drama, sitkom, filem dan teater, sampai masa untuknya fokus bidang akademik pula.

“Drama terakhir lakonan saya ialah Aku, Dia dan Tong Sampah pada 2012. Buat masa ini, saya tidak minat mengarah drama dan filem.

“Kali terakhir saya mengarah ialah drama Kemboja untuk saluran Astro Prima pada 2007.

“Apapun, sama ada saya bersara atau tidak dalam bidang lakonan, perkataan itu kurang tepat kerana sebagai anak seni hanya kematian saja yang akan menoktahkan pembabitan saya,” katanya.

Puas dengan teater Kerikil

Selepas kejayaaan Throne of Thorns, Norzizi kembali dengan sentuhan terbarunya Teater Kerikil yang dipentaskan di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada Jumaat hingga Ahad lalu.

Teater lakonan 25 penuntut tahun akhir FiTA adalah pengisian utama ‘Diploma Art Showcase 2017’ untuk melaksanakan projek persembahan sebagai penilaian akhir sebelum mereka menamatkan pengajian.

Menurut Norzizi, dia memilih judul Kerikil untuk menggambarkan batu sebagai simbolik kepada cabaran dan peristiwa pahit manis yang perlu dilalui setiap pelajar demi menggapai kejayaan.

“Ia menceritakan bagaimana 25 penuntut universiti mengharungi kuliah harian dan perlu mengharungi pelbagai masalah serta ada di antaranya berdepan kegagalam ketika menimba ilmu di kampus.

“Saya memilih mementaskan Kerikil dalam bentuk ‘devised play’ untuk memberi kelainan dari segi pengarahan dan penghasilan jalan ceritanya.

“Devised play’ adalah proses bermulanya sebuah produksi tanpa skrip daripada seorang penulis. Saya yakin dengan persembahan pelajar yang berlatih selama tiga minggu,” katanya.

Norzizi berkata, dia berpuas hati dengan maklum balas positif penonton.

“Pementasan ini turut dijayakan tiga penggiat teater terkenal iaitu Hamzah Tahir, Mazlan Tahir dan Aminah Rhapor serta penampilan istimewa Fara Fauzana, “ katanya.

The post NORZIZI Tiada istilah bersara appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o3zA0K

✍ Sumber : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.