Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kapal Atau Bot Melalui Muara Sungai Terengganu Disaran Berhati-hati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kapal Atau Bot Melalui Muara Sungai Terengganu Disaran Berhati-hati

KUALA TERENGGANU: Kapal atau bot nelayan yang keluar masuk melalui muara sungai Terengganu diingatkan supaya lebih berhati-hati dan mengikut arahan syarikat yang membina jambatan angkat menghubungkan Bandaraya Kuala Terengganu dengan Seberang Takir di Kuala Nerus.

Pengurus Projek Zelan Hasrat Sedaya Konsortium Wan Husni Wan Afendi berkata, mulai April hingga Mei, pihak syarikat terpaksa menutup dua laluan utama keluar masuk di muara sungai itu.

“Kita hanya buka satu laluan kecil selebar kira-kira 30.4 meter di sebelah Tanjung, Kuala Terengganu untuk keluar masuk muara berkenaan. Mana-mana bot nelayan atau kapal yang ingin melalui laluan itu hendaklah menggunakan laluan sebelah Tanjung.

“Dari bulan Mei hingga Sept, dua laluan pula dibuka iaitu di sebelah Seberang Takir dan di sebelah Tanjung. Bot-bot atau kapal yang hendak keluar ke laut hendaklah melalui laluan sebelah tanjung manakala untuk masuk ke limbungan dari laut, hendaklah melalui laluan di sebelah Seberang Takir,” katanya kepada Bernama selepas memberikan taklimat kepada nelayan-nelayan Kuala Terengganu di sini hari ini.

Wan Husni mengingatkan nelayan atau kapal-kapal yang melalui muara itu supaya mematuhi segala arahan seprti lampu-lampu isyarat yang telah disediakan di kawasan berkenaan bagi mengelak daripada sebarang bahaya.

Katanya, kerja-kerja pembinaan peringkat akhir itu dijangka akan mengambil tempoh antara empat dan lima bulan di mana jambatan itu dijangka siap sepenuhnya pada Sept ini.

Jambatan yang mula dibina sejak dua tahun lepas itu dianggarkan menelan belanja RM250 juta, yang meliputi menara tinjau, kafe serta memendekkan perjalanan dari Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Nerus.

Dengan siapnya jambatan itu kelak, empat jambatan akan menghubungkan daerah Kuala Terengganu dengan Kuala Nerus iaitu melalui Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Manir yang sudah sedia ada manakala sebuah lagi jambatan yang sedang dalam pembinaan yang menghubungkan Losong dengan Kampung Teluk Pasu di sini. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nBGqy9

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.