Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Video Leak’ Filem Superhero Yang Bakal Pecah Panggung Tahun Ini Tersebar Di Internet - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Video Leak’ Filem Superhero Yang Bakal Pecah Panggung Tahun Ini Tersebar Di Internet

Dengar khabar angin, ada filem gempak terbaru yang bakal ditayangkan di pawagam tak lama lagi. Katanya, barisan empat pelakon utama filem ni terdiri daripada Yuna, Zizan Razak, Harith Iskander dan Siti Nordiana. Betul ke ni?

Berdasarkan pada video pendek yang kami terima daripada follower kami baru-baru ini, video yang ‘leak” ini memaparkan tentang pembikinan filem tersebut dalam sebuah studio. Berdasarkan penilaian OMM dari video yang telah dikirimkan, filem tersebut macam filem ala-ala Superheroes gitu.

Kalau korang tonton rakaman klip berdurasi 8 saat tersebut, korang boleh lihat Yuna, Zizan Razak, Harith Iskander dan Siti Nordiana berpakaian suit seperti  superhero, seolah-olah macam baru mendarat dari suatu tempat.

Yunalis Mat Zara’ai atau lebih popular dengan nama Yuna, penyanyi antarabangsa yang pernah tercalon dalam Anugerah Oscar baru-baru ini dan juga memenangi pelbagai anugerah tempatan.  Setelah menghiburkan para peminat dari seluruh dunia dalam bidang nyanyian, dikatakan Yuna juga turut tidak akan ketinggalan untuk menceburi dalam bidang perfileman. Berdasarkan “teaser” tersebut, boleh jadi Yuna juga menyertai barisan pelakon utama dalam filem terbaru ini. Sudah tentu, ini akan menjadi perbualan yang hangat di antara peminat-peminat Yuna sendiri.

Zizan Razak, yang sudah dikenali oleh satu Malaysia dengan bakat komedi beliau. Zizan bukan sahaja dikenali melalui standup comedy beliau, malah dikenali juga kerana pernah berlakon dalam filem Abang Long Fadhil, Cicakman 3 dan Polis Evo. Ada kemungkinan juga, ini merupakan filem lakonan seterus Zizan.

Harith Iskander, yang terkenal dengan stand-up comedy beliau sehingga dinobatkan sebagai “World’s Funniest Person”, juga dikenali dalam industry perfileman. Harith Iskander juga sebelum ini, pernah memegang watak sampingan dalam beberapa buah filem seperti Anna And The King, Sepet dan Talentime. Tidak mustahil bagi seseorang yang pernah mencuit hati beribu penonton dari serata dunia dengan lawak komedi beliau untuk memulakan karier sebagai pelakon filem pula.

Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana, pemenang Gegar Vaganza Musim Ke 2  dan Artis Youtube Popular (ABPH 2016)  katanya juga akan sertai barisan pelakon filem ini. Sebelum ini, Nana juga pernah berlakon dalam beberapa filem tempatan seperti Wad 04, 3 Dara Pingitan dan drama bersiri Dia Semanis Honey[CPY1] .

Jadi kalau betullah video leak ini memang pasal filem baru yang dibintangi oleh barisan superstar di atas, memang pecah panggunglah satu Malaysia nanti. Tak sabar pula rasanya kalau-kalau filem ini ditayangkan dalam jangka masa terdekat ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nRyi9X

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.