Hi! Welcome Back and Stay Tune! Geely Sah Tarik Diri Daripada Bidaan Terhadap Proton - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Geely Sah Tarik Diri Daripada Bidaan Terhadap Proton

Persoalan tentang siapa yang berminat untuk menjadi rakan strategik Proton kelihatannya hanya akan tertumpu kepada satu syarikat sahaja. Menurut laporan South China Morning Post, Zhejiang Geely telah menarik diri daripada bidaannya untuk menjadi memiliki pegangan majoriti dalam Proton. Presiden Geely, An Conghui memaklumkan penerbitan itu hari ini bahawa syarikatnya sah menarik diri daripada perbincangan untuk menjadi rakan strategik Proton.

Laporan itu juga menyebut, An tidak mengulas lanjut tentang sebab tindakan itu, namun sebelum ini, Pengerusi syarikat itu, Li Shufu telah memberi isyarat bahawa Geely – yang disifatkn calon paling popular untuk urusniaga berkenaa – sedang merancang untuk menarik diri disebabkan Proton masih belum menetapkan pendiriannya terhadap kerjasama itu.

Pengumuman terbaru ini bermaksud kini hanya tinggal kumpulan PSA sebagai satu-satunya calon tunggal yang masih berminat ke atas Proton. Syarikat ini juga mengesahkan mereka telah menghantar proposal dan bidaannya, dn mengumumkan sedang berbincang dengan pengeluar kenderaan nasional itu.

Jika persetujuan terhadap usahasama ini terjalin, PSA berhasrat untuk menggunakan kemudahan yang dimiliki Proton untuk tujuan pengeluaran serta eksport, memperluas kehadiran jenama seliaannya di rantau Asia Tenggara.

Kerjasama antara Proton dan Geely, sekiranya dimeterai, akan memerikan pengeluar kenderaan China itu keupyaan untuk menembusi pasaran pemanduan sebelah kanan. Ada sumber menyatakan Geely turut berjanji untuk menyediakan teknologi terkini pada kenderaan yang dibangunkan oleh Volvo.

Awal hari ini juga, ada pengumuman menyatakan ada kemungkinan Proton akan mengikut jejak langkah Perodua dengan membenarkan rakan strategik asingnya memegang 51% pegangan dalam syarikat itu.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2msq3nB

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.