Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Gagal Akhiri Badi Seri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Gagal Akhiri Badi Seri

JURULATIH Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee. – Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Malaysia terus gagal memecah badi keputusan seri dalam lima perlawanan terakhir menentang Filipina, apabila sekali lagi terikat ketika menentang ‘The Azkals’ pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Memorial Rizal, Manila, sebentar tadi.

Bagaimanapun, keputusan itu dikira cukup baik buat anak buah Datuk Ong Kim Swee selepas persembahan kurang memberangsangkan yang dipamerkan Harimau Malaysia yang menyaksikan mereka tidak mampu menggugat barisan kendalian Thomas Dooley.

Meskipun beberapa pertukaran dilakukan Kim Swee berjaya mengubah rentak perlawanan pada 20 minit terakhir, ketumpulan jentera penyudah dan pemain tengah sekali lagi menjadi masalah besar yang harus diperbaiki menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2019, Jun ini.

Pada aksi terbabit, Malaysia yang menduduki ranking ke-161 dunia terpaksa mengambil masa bagi membiasakan diri di atas padang tiruan, sekali gus menyaksikan mereka bergelut untuk mendapat rentak bagi merencana serangan.

Kesempatan itu dimanfaatkan tuan rumah untuk mengasak pelawat sejak awal permainan dan memaksa Harimau Malaysia lebih banyak bertahan di dalam kawasan sendiri sambil menunggu peluang menyerang balas pantas.

Filipina yang berada di ranking ke-124 beroleh beberapa peluang membuka jaringan menerusi percubaan Javier Patino pada minit ke-17, namun tepat ke dakapan Khairul Azhan Khalid sebelum penjaga gol Selangor itu cemerlang menepis percubaan Philip Younghusband berselang tiga minit.

Peluang terbaik Malaysia hadir pada minit ke-39 namun cubaan penyerang veteran, Amri Yahyah meliar tinggi sebelum tandukannya selepas menyambut hantaran lintang Matthew Davies sekali lagi tersasar pada minit ke-71.

Filipina mengekalkan rentak menyerang namun gagal mengancam kubu Malaysia yang kemas bertahan dan mudah mengeluarkan hantaran lintang yang dilakukan untuk memaksa kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nBzDEA

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.