Debat Nazri Dan Dr Mahathir Tidak Relevan – Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menyifatkan debat antara Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tidak relevan.
Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu berpendapat isu-isu yang ingin diperdebatkan oleh Nazri dan Dr Mahathir telah pun diketahui umum.
“Saya percaya apa yang didebat itu isu kandungannya orang sudah tahu, tapi tak apa sebab dia ada masa dan tidak ada kerja lain nak buat debat.
“(Kalau saya baik) saya siram pokok bunga dekat rumah,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Perkasa di sini, hari ini
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai debat antara Nazri dan Dr Mahathir yang sepatutnya diadakan pada 25 Mac ini namun ditunda ke 7 April depan.
Debat itu akan di adakan di Dewan Karangkraf, Shah Alam pada 9.30 malam.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nAVmwj✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment