Hi! Welcome Back and Stay Tune! NASA Menguji Kebolehan Mengenal-Pasti Sel Hidup Untuk Misi Marikh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NASA Menguji Kebolehan Mengenal-Pasti Sel Hidup Untuk Misi Marikh

NASA senantiasa berada dalam misi untuk mencari penemuan-penemuan baru di angkasa lepas. Terkini, dengan usaha NASA untuk misi ke planet Marikh, mereka sedang menguji kebolehan baru untuk mengenal-pasti sel-sel hidup di planet Marikh.

Sebelum NASA melakukan ujian berkenaan secara terus di Marikh, mereka dilihat telah membuat beberapa ujian berkaitan di Bumi terlebih dahulu. Gurun Atacama di Chile menjadi tempat uji-kaji mereka, kerana menurut NASA, ia adalah satu-satunya tempat di muka bumi yang paling hampir sekali dengan permukaan planet merah tersebut.

Gurun Atacama mempunyai padang pasir yang sangat kering, sehinggakan mikro-organisma hanya mampu tinggal beberapa kaki di bawah tanah di gurun tersebut. Gurun berkenaan juga sering dibanjiri dengan cahaya ultraviolet, hampir sama seperti di planet Marikh.

Atacama Rover Astrobiology Drilling Studies (ARADS) menjalankan ujikaji ini bagi pihak NASA dengan menggunakan perayau ujian KREX-2 – dilengkapi dengan tiga alat pengesan kehidupan yang berbeza. Dua daripada peralatan tersebut, iaitu Wet Chemistry Lab dan Signs of Life Detector pernah digunakan sebelum ini, manakala peralatan Microfluidic Life Analyzer pula peralatan serba baru, dan ianya digunakan untuk menguji kehadiran asid amino, yang merupakan salah-satu daripada bahan asas untuk kehidupan.

Ujian-ujian peralatan ini telah dilakukan oleh pihak ARADS sepanjang bulan Februari yang lalu, dan kelengkapan ini dikatakan berkemungkinan besar akan digunakan oleh perayau planet marikh NASA yang dijangka akan berlepas pada tahun 2020 nanti.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mqlLs5



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.