Wanita Melecur Di Muka Selepas Headphone Tiba-Tiba Meletup Ketika Dengar Lagu Dalam Pesawat
Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat satu kes headphone meletup selepas seorang penumpang sebuah pesawat melecur di muka selepas peranti berkuasa bateri itu meletup ketika dalam penerbangan antara Beijing dan Melbourne.
Menurut CNN, wanita tersebut sedang tidur sambil mendengar muzik ketika perjalanan itu sebelum dia mendengar bunyi letupan.
“Ketika saya menoleh, saya merasa muka saya terbakar,” katanya kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).
“Saya kemudian memegang muka saya kemudian headphone itu jatuh ke leher saya,” katanya.
Wanita itu juga berkata dia kemudian mencampak headphone tersebut ke lantai dan mula melihat percikan dan api kecil.
“Ketika saya mahu pergi memijak benda itu, petugas pesawat sudah siap sedia dengan sebaldi air dan mencurahkannya ke headphone itu. Mereka kemudian memasukkan headphone tersebut ke dalam baldi tersebut dan meninggalkannya di hadapan pesawat.
Difahamkan juga, terdapat sisa-sisa yang tidak dapat ditanggalkan kerana sudah melekat di lantai pesawat berkenaan. Disebabkan insiden itu, ada penumpang di dalam pesawat mengalami batuk-batuk sepanjang perjalanan.
Pengurus komunikasi Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam Australia memberitahu CNN mereka sedang menyiasat insiden terbabit.
Sumber: CNN
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nsaxVE✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment