Zaqhwan Laung Amaran Awal
KUALA LUMPUR: Juara bertahan SuperSports 600cc, Mohd Zaqhwan Zaidi dilihat berada pada prestasi terbaik untuk mempertahankan gelaran apabila muncul pelumba terpantas pada hari pertama sesi ujian pra musim Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Johor, Pasir Gudang, hari ini.
Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu mencatat masa terpantas 1 minit 32.313 saat (s) sekali gus mengatasi catatan seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang beraksi bersama pasukan berpangkalan di Indonesia, Manual Tech Kawasaki Racing yang mencatat 1’32.402s.
Pelumba Yamaha Thailand Racing, Decha Kraisart yang baru meraih podium sewaktu aksi wildcard Kejuaraan SuperSports Dunia di Buriram, Thailand baru-baru ini muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 1’32.819s.
“Bekas rakan sepasukan, Yuki Takahashi memilih untuk memberi tumpuan kepada saingan All Japan sahaja pada tahun ini. Jadi, saya kini bergandingan dengan pelumba muda, Teppei Nagoe.
“Buat kali pertama saya akan bertindak sebagai pelumba utama pasukan,” kata Zaqhwan dalam misi untuk membawa gelaran pasukan terbaik buat tahun keenam berturut-turut.
Tambahnya: “Sesi hari pertama berjalan dengan baik namun semua pasukan dan pelumba masih mencari rentak terbaik memandangkan catatan rekod musim lalu masih belum diatasi, mungkin hari esok ia berjaya dipadamkan.”
Dalam saingan Asia Production 250cc, perhatian terarah kepada penampilan jentera CBR250RR yang digunakan buat pertama kali dalam saingan ARRC oleh dua pelumba pasukan Astra Honda Racing, Gerry Salim dan Rheza Danica Ahrens.
Namun, pelumba Manual Tech Kawasaki, Andy Muhammad Fadly lebih mencuri tumpuan dengan melakukan catatan terpantas 1’44.797s yang juga rekod baharu litar manakala Gerry kedua dengan masa 1’44.818s diikuti Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing) dengan masa 1’45.059s.
Dalam saingan yang baharu diperkenalkan, Underbone 150cc, pelumba muda, Md Akid Aziz mengatasi pelumba yang lebih berpengalaman dengan catatan masa terpantas 1’50.546s.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mOgfmh✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment