Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih Ramai Pekerja Mahir Diperlukan Untuk Capai Negara Maju – PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih Ramai Pekerja Mahir Diperlukan Untuk Capai Negara Maju – PM Najib

KLANG: Kerajaan mahu lebih ramai pekerja mahir bagi mencapai misi menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi mencapai maksud itu pekerja atau rakyat Malaysia perlu mempunyai pendapatan yang tinggi.

Ketika ini, 28 peratus atau 3.8 juta pekerja dikategorikan sebagai pekerja mahir dan kerajaan mensasarkan jumlah tersebut mampu ditingkatkan kepada 35 peratus menjelang 2020.

Ia mampu menyumbang kepada produktiviti yang tinggi buat negara selain menambah nilai kepada pendapatan pekerja.

“Kita mahu produktiviti negara kita mencecah empat peratus peningkatan setiap tahun, tetapi selama ini kita hanya mencapai 2.3 peratus sahaja.

“Inilah salah satu cabaran yang saya menggesa kepada semua pihak untuk memberi tumpuan bukan sahaja dari segi penambahan pekerjaan tetapi bagaimana hasil tambahan setiap pekerja itu dapat ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya empat peratus setiap tahun.”

Beliau berucap ketika melakukan lawatan ke kolej Workers Institute of Technology (WIT) di Klang pagi tadi.

Dalam lawatan itu juga perdana menteri turut mengumumkan dana kepada WIT berjumlah RM4 juta bagi tujuan menampung kemudahan pembelajaran serta bantuan kepada pelajar miskin.

Sebelum itu, pada majlis berasingan, perdana menteri melancarkan kapal ronda generasi baharu (NGPC) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang diberi nama KM Bagan Datuk.

Ia merupakan satu daripada enam buah kapal yang diperuntukkan kepada agensi tersebut dalam Rancangan Malaysia Ke-10 bagi memantapkan sistem pertahanan maritim negara.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nEo8sk

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.