Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cano Punca FELDA United Kempunan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cano Punca FELDA United Kempunan

KUALA LUMPUR: Lucas Cano mensia-siakan dua peluang keemasan ketika FELDA United terus kempunan mencari kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan G Piala AFC berdepan Ceres Negros yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Pana-Ad, Bacolod City, sebentar tadi.

FELDA yang menguasai permainan memperoleh peluang keemasan pada minit ke-60 apabila Norsharul Idlan Talaha dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-60, lantas memberikan penalti buat pelawat.

Bagaimanapun, Cano yang mengambil sepakan itu sekadar menyaksikan rembatan ke sebelah kanan gawang ditepis penjaga gol Ceres Negros, Roland Muller.

FELDA yang sebelum ini tewas sekali dan seri sekali, memperoleh peluang kedua, juga menerusi Cano untuk merobek gawang tuan rumah tetapi pemain Argentina itu yang menerima hantaran Zah Rahan Krangar sekali lagi gagal menyudahkan walaupun tanpa dicabar pada minit ke-81.

Keputusan seri itu menyaksikan kelab Filipina itu berkongsi lima mata di tangga teratas kumpulan bersama Hanoi FC dari Vietnam yang membelasah Tampines Rovers dari Singapura 4-0 dalam satu lagi pertarungan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mZyFB0

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.