Anak Menangis-nangis, Ternampak 2 Buaian Itu Dihayun 'sesuatu'
KENINGAU, SABAH – Viral di media sosial rakaman video yang mendakwa dua buaian berayun sendiri, mencetuskan persoalan netizen, apakah ada ‘sesuatu’ yang sedang bermain buaian di taman permainan itu.
Dalam kejadian yang berlaku di Taman Anggerik, Batu 28, Keningau itu, sumber mengatakan anak rakannya menangis-nangis apabila dibawa ke taman permainan itu.
“Kawan saya bawa anak dia pergi ke playground di Taman Anggerik itu. Tetapi anak dia menangis-nangis. Dia pun pelik, terus dia bawa anaknya pulang semula ke kereta.
“Dalam perjalanan pulang ke kereta, bila dia tengok taman permainan itu, dia ternampak buaian itu ‘berguyang’ (bergoyang) sendiri.
“Cepat-cepat dia rakam dengan telefon bimbit dan saksikanlah sendiri,” kata sumber.
Pada awalnya ada segelintir netizen menganggap buaian itu bergerak sendiri kerana ditiup angin. Tambahan pula keadaan cuaca pada ketika itu mendung.
Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan mengapa hanya dua buaian itu sahaja yang berayun sendiri, manakala empat lagi buaian di kiri kanannya langsung tidak terusik. Selain itu, momentum hayunan buaian tersebut tetap sama dan kelajuannya tidak berkurangan.
Video tersebut telah ditonton 601,000 kali oleh pengguna Facebook. – The Reporter
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment