Hi! Welcome Back and Stay Tune! 512 Pelajar Terkena Jangkitan ILI Semakin Pulih - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

512 Pelajar Terkena Jangkitan ILI Semakin Pulih

IPOH: Kesemua 512 pelajar yang dikesan menghidap penyakit seperti influenza (ILI) di Perak semakin pulih dan tiada kes baharu yang direkodkan sepanjang tempoh 24 jam lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Integrasi Nasional, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata 245 pelajar dari enam sekolah sebelum ini yang diisolasikan di dalam bilik asrama akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dalam masa terdekat, manakala tiga lagi pelajar yang dirawat di hospital telah dibenarkan keluar.

“Seperti kita katakan sebelum ini ia hanya selesema bermusim dan tiada apa yang perlu dirisaukan atau panik mengenai wabak ini.

“Salah satu perkara yang kita perlu mengambil iktibar daripada kejadian ini ialah penjagaan kebersihan itu amat penting, jika tidak perkara ini akan berlaku lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2017 peringkat negeri, di sini, pada Rabu.

Namun, beliau berkata Jabatan Kesihatan negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah masih lagi meneruskan pemantauan di semua sekolah mengenai jangkitan berkenaan.

“Kita juga memberi pendidikan kesihatan kepada mereka, guru dan murid-murid berkenaan langkah-langkah pencegahan ILI.

“Kepada mereka yang mempunyai gejala ILI seperti demam, batuk dan sakit tekak perlu mendapatkan rawatan segera, jangan tunggu,” ujar beliau.

Pada Selasa, sebanyak 512 pelajar telah dikesan menghidap ILI membabitkan 230 dari Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah, 87 dari Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, tiga dari Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya, 115 dari Sekolah Tuanku Abdul Rahmah, 25 dari Sekolah Izzudin Shah, 13 dari Kolej Vokasional Slim River, 13 dari Sekolah Menengah Agama Sultan Azlan Shah, dan 16 dari Sekolah Menengah Agama Darul Ridzuan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nsbcGq

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.