Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak rogol ibu di taiping tidak mengaku salah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak rogol ibu di taiping tidak mengaku salah

Anak rogol ibu di taiping tidak mengaku salah|Seorang pekerja kilang berusia 21 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, bagi menghadapi tuduhan merogol ibu kandungnya pada 8 Mac lalu.

Tertuduh yang bekerja di sebuah kilang tayar di sini, didakwa melakukan kesalahan terhadap ibunya yang berusia 49 tahun di rumah mereka di Kamunting di sini, kira-kira jam 7 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol seseorang wanita yang hubungan mereka tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dan minta dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya Safiyatun Ahmadun membantah sebarang jaminan diberi kepada tertuduh kerana mangsa adalah ibu kandungnya sendiri dan mereka tinggal serumah yang jika dibenarkan, tertuduh mungkin mengganggu mangsa.

Lelaki itu melalui peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Kathan Maruthamuthu, yang mewakilinya meminta mahkamah membenarkan jaminan yang rendah dengan alasan mempunyai pendapatan RM1,100 sebulan.

Hakim Mohd Sabri Ismail kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 21 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Harian Metro pada 9 Mac lalu, melaporkan seorang janda anak lima dirogol anak lelaki kandungnya.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah dipetik sebagai berkata, polis menerima aduan daripada seorang suri rumah yang mengadu di rogol anak kandungnya dan susulan itu, polis menahan suspek berusia 21 tahun yang bekerja sebagai buruh di sebuah kilang tayar di Taiping.

The post Anak rogol ibu di taiping tidak mengaku salah appeared first on Eberita.org.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nni2Aj

✍ Sumber : ☕ Eberita.org


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.