5 Bulan Di Bangkok, Saya Terus Jatuh Cinta Pada Bandar Ini Untuk Selama-lamanya
Si Hannah gigi jarang di hadapan. Di belakang saya itu ialah sungai Chao Phraya dan menara tinggi itu ialah The River. Ini ialah bandar kegemaran saya, Krungthep Mahanakon, atau Bangkok.
Pengalaman saya menetap selama 5 bulan di bandar ini merupakan pengalaman yang berharga buat saya. I know this city like the back of my hand. Sebelum itu pada tahun 2011 ketika pertama kali ke sini untuk transit dari Bali ke Kuala Lumpur, saya bencikan bandar ini. Saya tak faham kenapa orang suka sangat dengan Bangkok. Mungkin sebab waktu itu saya cuma pergi ke Khao San Road. Ketika itu saya tak tahu dan saya tak siapkan itinerari langsung untuk kenali Bangkok. So I left early. Tempat itu bukan tempat paling sesuai untuk melambangkan Bangkok. Memang tak adil kalau kita nilai Bangkok cuma dengan Khao San atau kuil-kuil/tokong-tokongnya saja.
Selepas 5 bulan menetap di Bangkok (I lived cheaply out of my backpack) pada tahun 2013-2014, saya jatuh cinta. Sebab apa? Sebab saya belajar dari lokal untuk tak ke tempat-tempat tumpuan pelancong! Susah juga ketika itu sebab kawan-kawan saya dari Eropah dan USA yang duduk hostel berbulan-bulan sama dengan saya selalu nak ajak saya cuma ke tempat “touristy”. Mujur saya berkawan dengan orang Thai juga.
Melalui mereka saya belajar bahasa mereka dan dengan mereka saya dapat ikut ke kampung dan kenal keluarga mereka juga. Mereka juga tunjukkan pada saya banyak tempat orang Thai gemar lawati. Semasa di sana saya juga bersahabat dengan 3 orang pelajar di sebuah kolej perempuan Bangkok. Mereka terjumpa blog travel saya waktu itu dan mereka tanya boleh tak kalau saya ajar mereka Bahasa Inggeris dan mereka pula ajar saya Bahasa Thai.
Setiap hujung minggu saya akan bertemu mereka di luar pusat bandar Bangkok untuk belajar bahasa. Memang susah tapi cukup ketika itu untuk saya survive di sana. Memang susah juga kalau tak pandai berbahasa Thai kerana kebanyakan mereka memang tak tahu berbahasa Inggeris. Tapi tak kira apa jua situasi, orang Thai memang peramah dan baik hati. Sebab saya belajar sedikit bahasa Thai ketika itu, saya boleh terus buat kawan dengan orang lokal.
Trust me, they will appreciate your efforts (and also not going to ripped you off while haggling/bargaining at the market!). Saya juga ada dua sahabat dari Denmark, Jeppe dan Valerie yang sudah menetap lama di Bangkok dan saya kagum sebab mat saleh dua orang ni bahasa Thai mereka bukan main lancar! Bahasa Thai saya sudah berkarat dan cuma sedikit yang saya masih ingat.
Selama 5 bulan di Bangkok saya juga sempat belajar Muay Thai di 13 Coins dan sebuah lagi tempat latihan Muay Thai di Silom. Nak belajar Muay Thai memang di Thailand juga yang paling seronok dan terasa semangatnya. Jurulatih saya selalu pesan kalau nak belajar Muay Thai luar Thailand, pastikan jurulatihnya juga orang Thai, baru “feel” dia kata!
Jadi kalau nak travel tu kadangkala kalau kita tak buat semua benda yang hanya untuk pelancong, bila kita buka mata sebenarnya ada banyak benda/tempat lain yang tak dikenali ramai yang boleh jadi sebab untuk kita suka akan sesuatu tempat yang kita tak suka pada mulanya. Belajar dan cuba jadi kreatif dalam merancang perjalanan. Oh and, don’t forget to leave some time/space for spontaneity!
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2na6ZtL✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment