Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selain Baca Quran Dan Solat, Ini Antara Perkara Yang Buat Jiwa Kau Tenang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selain Baca Quran Dan Solat, Ini Antara Perkara Yang Buat Jiwa Kau Tenang

Dah dua minggu saya tak online. Nyata saya rasa lebih tenang dan kurang rasa tertekan sebanyak 50%, tak buka Facebook hanya untuk terbaca perkara remeh yang menyakitkan jiwa. Seronok rasa tak tengok telefon 24 jam. Seronok rasa dapat luangkan masa dengan insan tersayang dan baca buku berfaedah.

Ada banyak benda yang saya buat dan fikir sebagai usaha untuk capai kebahagiaan, selain dari baca Quran dan solat Jadi bagaimana caranya nak jadi lebih gembira?

1. Jangan biarkan orang lain atur hidup atau beri arahan kepada anda tentang macamana anda perlu jalani hidup anda.

2. Dalam dunia ini ada boleh jadi apa saja maka pilihlah untuk jadi diri anda sendiri.

3. Hidup ini bukan untuk buat semua orang lain gembira tapi untuk kita kongsikan kegembiraan dengan orang lain.

4. Jangan peduli sangat tentang orang yang tak pedulikan anda.

5. Maafkanlah seseorang tapi jangan pernah lupa. Kalau tak maafkan sekarang, tak senang dan tenanglah anda sekarang atau masa akan datang.

6. Bila orang lain tak hargai anda, ucap selamat tinggal. Memang sakit tapi kalau ia boleh jamin kebahagiaan anda maka buatlah.

7. Benarkanlah diri anda untuk bergerak menjauhi perkara yang memberikan anda aura negatif.

8. Kurangkan masa di media sosial. Letak telefon dan pergi luangkan masa dan buat aktiviti dengan ahli keluarga dan teman rapat. Bila berkumpul dengan mereka, letaklah telefon dalam poket atau beg.

9. Jangan takut untuk berubah. Contohnya mengubah persekitaran anda atau ubah susunatur perabot dalam rumah anda boleh buat anda jadi lebih gembira.

10. Dendam itu musuh utama jiwa dan diri. Kalau sentiasa berdendam nescaya susahlah nak hidup bahagia.

11. Kadangkala bersendirian dan fokus cuma terhadap diri dan keperluan anda sendiri itu lebih baik.

12. Jangan buat keputusan mengikut populariti atau keputusan orang lain! Kadang-kadang apa yang baik untuk orang lain tak semestinya baik untuk anda.

13. Ambil masa untuk baiki emosi dan patah hati. Tak perlu buat segera, janji anda cuba setiap hari.

14. Tinggalkan ruang untuk menjadi spontan. Kalau semua benda dalam hidup ini kita nak kawal dan ikut apa dalam senarai satu-satu, satu perkara pun tak dapat anda nikmati keseronokannya.

15. Bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur dengan peluang dapat hidup berbumbung, dapat makan yang sedap-sedap, dapat berkereta ke mana-mana.

16. Luangkan masa dengan haiwan, tak kira volunteer atau pergi ladang haiwan atau zoo! Haiwan-haiwan ini semua takkan adili anda atau bercakap yang buruk-buruk atau mencaci anda!

17. Sebenarnya kebahagiaan itu boleh dibeli jika mampu. Contohnya beli tiket untuk travel, atau beli kasut yang dah lama anda idamkan itu. Bohonglah kalau saya kata benda ini semua tak boleh buat anda gembira.

18. Jangan kerap mengeluh tak kira di media sosial atau di dunia nyata. Atau lebih baik, berhenti terus mengeluh.

19. Berbuat baik terhadap orang yang tak kita kenali. Belikan makanan, bukakan pintu, bayarkan tambang bas/tren. Buatlah selalu.

20. Kenang masa lalu anda dan senyum serta rasa banggalah dengan pencapaian hidup anda sekarang ini.

Senyuman itu ialah aksesori terbaik yang anda boleh sentiasa pakai! Jadi pakailah!

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mJ9Wiw

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.