Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Pertimbang Serah Mayat Jong-nam Untuk Bebaskan Rakyat Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Pertimbang Serah Mayat Jong-nam Untuk Bebaskan Rakyat Malaysia

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak menolak kemungkinan menyerahkan mayat Kim Jong-nam kepada Korea Utara sebagai pertukaran bagi membolehkan sembilan rakyat Malaysia yang terkandas di negara itu pulang ke tanah air.

Ditanya sama ada Malaysia akan mempertimbangkan langkah itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab: “Kita sedang mengkaji semua kemungkinan.”

Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tegang susulan pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan memuncak selepas Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol diisytiharkan sebagai ‘persona non grata’.


Sebagai tindak balas, Korea Utara pada 7 Mac lalu melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan Malaysia kemudiannya melakukan larangan yang sama terhadap rakyat Korea Utara di negara ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyelar Korea Utara yang mendakwa mayat berkenaan bukan Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

“Ketua Polis Negara telah mengesahkan bahawa mayat dikenal pasti sebagai Kim Jong-nam berdasarkan sampel DNA salah seorang anaknya.

“Prosedur dan forensik telah dipatuhi. Saya ingin menyatakan bahawa mayat itu adalah Kim Jong-nam,” katanya tanpa mengulas mengenai bagaimana sampel DNA berkenaan diperoleh.

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2msBgAA

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.