Hi! Welcome Back and Stay Tune! 6 Perkara Kumpulan K-Pop Wanita Dilarang Buat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

6 Perkara Kumpulan K-Pop Wanita Dilarang Buat

SEPERTI semua tahu, tidak mudah untuk menjadi artis popular di negara Korea Selatan, terutama penyanyi berkumpulan.

Bakat sahaja tidak cukup untuk meraih pendapatan yang lumayan di negara tersebut.

Bagi kumpulan K-Pop wanita, Black Pink, terdapat enam syarat yang perlu mereka patuhi selepas menandatangani kontrak untuk menjadi artis.

“Enam perkara yang dilarang oleh jurulatih kami sebelum menjadi artis ialah bercinta, minum arak, memandu, berparti, merokok dan melakukan pembedahan plastik,” kata anggota kumpulan itu, Jisoo dan Rose dalam sebuah temu bual bersama stesen radio MBC baru-baru ini seperti dilaporkan Allkpop.

Bagi kumpulan K-Pop wanita, Black Pink, terdapat enam syarat yang perlu mereka patuhi selepas menandatangani kontrak untuk menjadi artis.

Kumpulan yang terdiri daripada empat anggota itu dilatih di bawah YG Entertainment yang sebelum ini pernah melatih anggota kumpulan Big Bang dan 2NE1.

Menerusi label berkenaan, Black Pink meraih populariti melalui lagu hits Boombayah dan Whistle pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun jawapan yang diberikan anggota kumpulan itu membangkitkan soalan hos Kim Gu Ra. Tanyanya: “Dalam kalangan semua anggota senior dalam agensi itu, sudah pasti ada yang melakukan pembedahan plastik bukan?”

Jisoo menepis dakwaan itu dengan berkata: “Segalanya mungkin jika kita berbincang dengan agensi masing-masing.”

[embedded content]

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2msP4ef

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.