Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS Tawar Hati, Tidak Mahu Bersemuka Dengan PPBM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS Tawar Hati, Tidak Mahu Bersemuka Dengan PPBM

KOTA BHARU: Putus dan tidak ada sebarang perbincangan, dan kami tidak akan sepentas lagi dengannya.

Berikut ketegasan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengumumkan akan menyertai Pakatan Harapan.

Isyarat Mohd Amar tersebut menggambarkan sentimen Pas yang kini tawar hati untuk berbincang dengan PPBM kerana memilih untuk bersama seterunya, DAP dan Parti Amanah Negara.

“Kalau Parti Pribumi sudah buat keputusan untuk menyertai Pakatan Harapan, maka putus tidak ada apa perbincangan dan tiada apa.
“Kalau itu rasmi, maka pendirian kita putuslah; tak perlu bincanglah dengan PKR, kita akan putuskan dalam muktamar nanti,” kata Mohd Amar selepas menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri, di sini, hari ini.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berkata secara dasarnya parti tersebut bersetuju menyertai Pakatan Harapan.

Justeru, ini akan membawa kepada pembentukan sebuah pakatan baharu dengan nama dan logo baharu serta manifesto bersama.

Mohd Amar menambah PAS kini akan bersama dalam Gagasan Sejahtera yang kini disertai Ikatan Bangsa Malaysia dan dijangka akan disertai beberapa parti lain.

Dr Mahathir hari ini berkata PPBM akan mengamalkan sikap terbuka dengan keputusan PAS itu.

“Kita ada satu pakatan sama ada Pakatan Harapan kita bersetuju menubuhkan satu pakatan, dia tak mau. Tak apa pintu kita terbuka kepada mana-mana parti yang nak masuk boleh masuk,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri ceramah perdana Pakatan Harapan di sini hari ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mNfpXg

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.