Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Tabiat Harian Ini Punca Anda Semakin Gemuk, No.3 Paling Tak Sangka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Tabiat Harian Ini Punca Anda Semakin Gemuk, No.3 Paling Tak Sangka


Walaupun sudah mengamalkan diet yang sihat, kurang mengambil makanan manis, melakukan senaman setiap hari tetapi berat badan tetap sukar untuk diturunkan malah makin bertambah.

Tahukah anda kebanyakkan orang tidak menyedari rutin pagi yang sering dilakukan memberi kesan besar untuk mendapat bentuk badan impian.

Dipetik dari portal Brightside ini 5 tabiat pagi yang menjadi punca berat badan bertambah.

1.    Tidur Terlalu Banyak

Tidur tidak cukup akan menyebabkan badan anda adalah lebih cenderung untuk menghasilkan tekanan tindak balas hormon kortisol yang meningkatkan selera makan. Walau bagaimanapun, terlebih tidur juga tidak baik untuk anda. Menurut kajian yang dijalankan oleh PLOS One jurnal, tidur lebih daripada 10 jam setiap malam boleh menyebabkan indeks jisim badan menjadi lebih tinggi. Jadi tidak hairanlah doktor mengesyorkan tidur selama 7-9 jam setiap hari. 

2.    Sering Bersiap Dalam Gelap

Menurut kajian dari jurnal PLoS One,  gelombang cahaya biru dari matahari awal pagi meningkatkan metabolisme anda dan membantu untuk membangunkan badan anda. Malah 20 hingga 30 minit sahaja dari siang hari sudah cukup untuk memberi kesan kepada indeks jisim badan anda. Jadi lepas ni, buka je mata terus buka langsir ok?

3.    Tidak Mengemas Katil

Kedengaran seperti aneh, tetapi fakta ini adalah benar. Satu kajian dari Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat mendedahkan bahawa orang-orang yang dilaporkan mengemas katil mereka dikatakan mendapat tidur yang lebih baik secara. Tidur yang sihat sekaligus merupakan cara yang optimum ke arah berat badan yang sihat.

4.    Tidak Menimbang Berat Badan

Penyelidik dari Universiti Cornell membuktikan bahawa menimbang berat badansetiap hari merupakan teknik yang berjaya yang menggalakkan penurunan berat badan. Masa terbaik untuk melangkah ke atas skala adalah perkara pertama pada waktu pagi sebelum makan atau minum apa-apa. Kerana anda kehilangan berat air semalaman, anda akan mendapat nombor yang paling tepat.

5.    Makan Sarapan Terlalu Sikit

Penyelidik dari Universiti Tel Aviv menegaskan bahawa anda perlu memanjakan diri anda dengan hidangan yang lazat pada waktu pagi. Malah, sarapan yang seimbang yang mengandungi 600 kalori protein tanpa lemak, karbohidrat, dan beberapa pencuci mulut akan diet harian anda menjadi lebih mudah. 

Sumber: Sinar FM
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ps2zjG

? Sumber Pautan : ? Sehinggit Media News


(????)? Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk ?? Like & ?? Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.