Hi! Welcome Back and Stay Tune! PADAH Terlalu Percaya Bomoh, Bayi 2 Bulan Hampir Maut Dihiris Pisau Panas 40 Kali !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PADAH Terlalu Percaya Bomoh, Bayi 2 Bulan Hampir Maut Dihiris Pisau Panas 40 Kali !!!


Akibat percayakan bomoh, seorang wanita dilaporkan hampir kehilangan bayi perempuannya yang baharu berusia dua bulan dan menghidap penyakit radang paru-paru. Somvati Seheriya, 22, pada awalnya tidak membawa bayi malang itu ke hospital.

Sebaliknya, Somvati dikatakan membawa anak itu menemui bomoh yang kemudiannya menggunakan besi panas dan ditekap ke atas perut bayi berkenaan bagi mengubati penyakit tersebut. Laporan media di India memberitahu bahawa dianggarkan terdapat kira-kira 40 kesan pisau panas pada perut bayi itu, “hasil kerja” bomoh yang diupah ibunya.

Lebih merisaukan, keadaan bayi itu bukan semakin sembuh malah makin teruk di mana bayi terbabit kemudiannya mengalami demam panas pada keesokan hari selepas cuba dipulihkan bomoh itu. Somvati yang kematian anak sulungnya tahun lepas akibat penyakit sama, dikatakan menyesal kerana tidak membawa anak sulungnya itu menemui bomoh terbabit. Justeru, apabila bayinya menghidap radang paru-paru dan bagi menebus “kesilapan” pada bayi sulungnya,

Somvati nekad membawa bayi itu menemui bomoh itu ekoran terlalu percaya kemampuan bomoh terbabit menyembuhkannya. Selepas bayi itu semakin kritikal, barulah dia dan suaminya, Giru, membawa anak itu ke hospital kerajaan. Menurut doktor yang merawat bayi itu, Dr Gobind Singh, ketika dibawa ke hospital, bayi itu berada dalam keadaan parah dan sukar benafas. Dia kemudiannya diberikan nebulizer serta ubat dan selang beberapa hari keadaan bayi tersebut kembali pulih.

Sumber: KedahNews
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oBv1LO

? Sumber Pautan : ? Sehinggit Media News


(????)? Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk ?? Like & ?? Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.