Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Ada Yang Tak Suka Saya Dengan Alif” – Nabila Razali - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Ada Yang Tak Suka Saya Dengan Alif” – Nabila Razali

Penyanyi dan pelakon baharu, Nabila Razali, mengakui ada segelintir peminat berasa kurang senang dengan gandingannya bersama Alif Satar dalam drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro.

Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 24, biarpun dilemparkan kritikan oleh sebilangan peminat Alif namun dia menganggap perkara itu sebagai satu cabaran sekaligus menyuntik semangatnya memberikan hasil lakonan yang lebih baik lagi.

“Ini kali pertama saya berlakon. Sebagai pelakon baru, saya sedar masih banyak lgi yang saya perlu perbaiki dalam lakonan saya. Saya berani ambil ini untuk mengembangkan bakat saya. Lagipun peluang sebegini tidak selalu datang.

“Saya juga sedar ada kalangan peminat Alif yang tidak puas hati saya digandingkan dengan pelakon kesayangan mereka hingga ada yang persoalkan layakkah saya berlakon dengan dia. Mungkin kerana bagi mereka, saya masih baru dan belum dikenali. Mereka lebih suka gandingan Alif dengan Siti Nordiana seperti dalam drama mereka berdua sebelum ini.

“Tapi segala kritikan atau rasa tak puas mereka itu saya anggap sebagai satu cabaran. Saya pula memang pantang dicabar. Kalau orang kata saya tak boleh, lagi semangat saya mahu buat lebih baik dan buktikan saya boleh,” katanya.

Penyanyi yang bakatnya dicukil menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF3) ini ditemui pada majlis promosi Selera Muhibah anjuran Red Box Plus Bersama Awang Brand, bertempat di Pavilion, KL, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelantun lagu Cemburu ini berkata, dia sebolehnya mahu memberi tumpuan serius kepada kedua-dua cabang iaitu lakonan dan nyanyian. Justeru dia sanggup mengambil cuti dan menangguhkan sesi pengajiannya untuk satu semester.

Sebagai usaha mempertingkat mutu lakonan, Nabila merancang untuk mengambil kelas lakonan nanti.

“Antara menyanyi dan berlakon, masing-masing ada cabaran. Kalau sebagai penyanyi, jika buat persembahan di atas pentas hanya dalam masa 4 minit saja kita perlu jadi orang lain. Tapi kalau berlakon, misalnya penggambaran mengambil masa selama sebulan, maka saya perlu bawa karakter saya selama tempoh itu.

“Tapi saya sebolehnya mahu fokus kepada kedua-duanya. Sekarang ini saya bercuti dan tangguhkan pengajian untuk, satu semester untuk bagi komitmen pada kerjaya seni.

“Kalau dulu ada yang kata suara saya macam chipmunk, kemudian saya ambil inisiatif pergi ke kelas vokal dan belajar teknik nyanyian yang betul.

Begitu jugalah dengan lakonan, kalau mungkin untuk percubaan yang pertama ini lakonan saya masih belum bagus, saya akan mengambil kelas lakonan dan akan berusaha memperbaiki lagi pada masa akan datang,” kata penuntut jurusan Ijazah Sarjanah Muda Senibina, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini.

Dalam perkembangan lain, Nabila dalam perancangan melancarkan single ketiga tidak lama lagi.

The post “Ada Yang Tak Suka Saya Dengan Alif” – Nabila Razali appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2phup0C

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.