“Apa salah isteriku sampai ibu perlakukan dia sebegitu di belakangku”
(Dari Kisah Rumah Tangga)
Admin… Ni akaun fake.. tak sanggup nak guna akaun sebenar.. tak mampu jika ada orang tahu tentang aib yang berlaku dalam kluarga saya sendiri..
Semasa saya menulis ini..sudah 3 bulan saya dan isteri tinggal berasingan dari ibu saya..
Saya berkahwin dengan isteri 6 tahun yang lalu. isteri pilihan ayah saya.. isteri saya tak pernah bersekolah sejak kecil..ayah nya orang cina (driver lori balak) ibunya orang asli.. mertua tidak berkahwin..didera oleh nenek sejak kecil, kemudian dijaga dan dibesarkan serta bekerja digerai makan milik bapak saudara sebelah ibunya yang sudah bkhwin dn beragama islam…tetapi tidak mengamalkan ajaran islam yang sepenuhnya.
Ayah berkenan pada isteri ketika ayah ada lawatan ke suatu penempatan orang asli..mahu dijodohkan dengan saya..katanya..mahu mnmbah umat nabi muhammad dan kasihan melihat bakal isteri bkerja seperti kuli dalam keadaan yang tidak terurus..ketika itu isteri belum pon capai usia 20tahun.. ayah ingin bebaskan dia dari kehadapan yang daif..tambahan untuk menemani ibu yang selalu keseorangan dirumah.
Pada ketika itu..saya baru saja putus pertunangan yang dimeterai hampir 3tahun..oleh kerana hati yang lara..saya terima saja…memandangkan bakal isteri cantik..ada mix cina dengan orang asli…cuma dia tidak tahu membaca apatah lagi menulis.tidak tahu semua tentang dunia.fb.insta. youtube smua tak pernah tahu..isteri saya tidak beragama/tiada didikan agama sehnggalah dia berkahwin dengan saya..dengan nama indah yang dipilih saya sendri..
Ini bukan lah isu nya…
hasrat ayah disambut baik oleh ibu.. ibu saya setuju dan memberi harapan agar perkhwinan dicepatkan..
Ibu meminta saya dan isteri tinggal bersama. untuk ibu dekatkan dia pada agama.. kerana ibu sunyi dirumah..ayah bergilir kerana berkahwin lebih dari 1..dan juga selalu outstation..seorang adik masih belaja di ipt..
Awal perkahwinan..kami keluarga yang bahagia..ibu mengajar isteri solat/mengaji dan saya mengajarnya menulis dan membaca..walau kadang-kadang terasa jerih..kerana dia amat sukar untuk memahami apa yang diajarkan..lidah yang tak pernah membaca masakan mudah untuk mengaji dan solat..walau bacaan tidak lancar..saya selalu mnjadi imam buatnya diwaktu malam..lebih banyak dia mengikut saja pgerakan saya dari membaca bacaannya sendiri..
Makan tahun untuk mengajar isteri.. akhirnya dia mampu solat dan mengaji sendiri.. walau ketika dia mengaji.. saya selalu ketawa sendri.. kerana cara bacaannya macam kanak-kanak..
Sesungguhnya Allah sentiasa menduga hamba2nya..setiap suka..tentu ada dukanya..
Pada 12 Jan 2017 yang lalu..saya nampak ada kesan berbirat pada kaki sbelah kanan isteri..saya tanya kenapa..
katanya..dia terlanggar bucu katil..
Pada 17Jan..ada kesan lebam besar di lengan sblh knn..saya smakin hairan..tapi bila tanya isteri..katanya dia terlanggar meja pula..
Dan yang menjadi semakin hairan..isteri semkin pendiam.tidak banyak berbual.. lebih banyak menyendiri didalam bilik walaupun ketika saya ada dirumah..
sesekali dia duduk berkumpul bersama..selepas menyiapkan kerja rumah..dia kemudian masuk kebilik tidur..
Saya mati punca..tidak tahu kenapa..tapi bila ditanya..katanya tiada apa-apa..saya sangat buntu pada minggu itu..bila tanya ibu..ibu cakap tiada apa-apa..
saya mohon pada Allah..sesunguh2nya..tunjukkanlah saya jalan apa yang perlu saya buat…
Pada 24Jan.. isteri ada kesan lebam di dua tiga tempat dibelakang badannya…tiada cara lain untuk tahu kenapa jadi begitu pada isteri…saya berkongsi cerita pada kawan baik..katanya..kamera will never lied to u..memandangkan dia seorang cyclist..dia meminjamkn saya goPro miliknya..untuk dirakam dirumah..katanya “letakkan ditempat paling tinggi..keseluruhan ruang akan nmpk..rekod hanya mampu selama 15minit untuk setiap video tapi jumlah rakaman selama 12jam”.(kawan.jasamu tak kan pernah aku lupa)
Jam 6am..ketika subuh esoknya..saya letak senyap2 di atas kabinet pinggan hiasan ibu..jelas nampak seluruh ruang tamu dan sedikit ruang dapur. dengan harapan Allah tunjukkan saya bukti..
25Jan : saya bawak goPro yang dirakam kepejabat..ketika itu bateri sudah habis..maka saya perlu trsnsfer ke laptop untuk melihat rakaman..
Saya tak sabar menunggu waktu rehat..supaya saya boleh melihat dengan tenang..
Sebelum saya buka rakaman..saya bdoa pada Allah..tunjukkan lah saya jalan yang terbaik..
saya play rakaman satu demi satu. Kelihatan ibu keluar mengajar kelas alquran jam 8am untuk ke madrasah…sejurus itu kelihatan isteri saya kluar dari bilik untuk mengemas rumah.. memasak didapur. untuk seketika. tiada apa yang pelik berlaku..
namun pada jam 11.25am, Ketika ibu pulang dari mengajar..isteri sedang menyapu diruang tamu. tidak semene2.. ketika melintasi isteri diruang tamu… sambil ibu lalu.. ibu menarik rambut isteri dari belakang lalu menghumban kepala isteri ke lantai.. saya tergamam..betul kah apa yang saya lihat ini..saya ulang sekali lagi..ulang dan ulang…
Ketika saya melihat video itu.. hanya Allah sahaja yang tahu.. hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya..
Jelas dalam rakaman itu, Isteri saya sakit dan ketakutan. membetulkan rambut..ibu datang semula dengan cepat.. ambil penyapu yang jatuh..kemudian.. melibas belakang badan isteri. tangan dihayun selajunya.
isteri saya menahan penyapu dari terus memukul bdnya..tapi ibu libas lagi.. libas lagi sebelum hembas pnyapu atas badan isteri…ketika saya menulis ni..saya masih lagi tak mampu mgawal perasaan.. menangis dalam hati saya mengingatkan apa yang isteri saya lalui..
Saya tak mampu lagi untuk melihat rakaman yang lain.. saya tutup laptop saya..saya menangis untuk sekian kalinya..
Saya menangis dimeja semahu-mahunya sambil mengenangkan isteri saya..isteri saya dia seorang yang tidak pandai dalam serba serbi..dia tidak pandai membaca. tidak pandai menulis..bercakap pon masih gagap2.. takut berhadapan dengan orang yang tidak dkenali.tidak pernah mahu ikut ke majlis keramaian kerana malu diperhati..saya berkahwin dan membawa dia tinggal bersama ibu dengan harapan dapat merubah dia dari kehidupan dia yang sebelum ni..
Dia didera oleh nenek dan bapak saudaranya.. dicabul oleh sepupu.. tiada siapa yang membela nasibnya semenjak dia kecil.. sehinggalah dia berkahwin dengan saya…saya dengan penuh berbangga.mendabik dada..kononnya saya telah menjadi penyelamat kepada isteri dari khidupan yang malang..tetapi hakikatnya.. tanpa saya tahu.tiada bezanya kini dengan kehidupan yang lama ..dan yang lebih menyakitkan..adalah orang yang paling saya sanjung sejak saya kecil..yang pling saya sayang..yang saya dahulukan dalam smua hal.. telah melukakan hati saya serta isteri yang saya amat cintai..
Saya kemaskan barang diofis..saya bgtahu pada kawan2..saya emergency..terpaksa pulang segera.. saya offday.. sepanjang perjalanan pulang saya menangis.. kenapa kenapa kenapa.. kenapa ibu buat begitu pada isteri saya.. apa salah isteri saya..
Setibanya dipintu pagar rumah..saya nampak isteri sedang menjemur baju.. ibu tiada kerana kelas mengajar ibu selepas zohor.. ketika masih di dalam kereta..saya menangis… Isteri melambai dan tersenyum pada saya..
Ketika saya melihat isteri. saya melihatnya dengan penuh rasa cinta/kasih sayang yang tak pernah saya rasai pada sesama manusia selama saya hidup..betapa tulus dan baiknya kamu wahai isteri..tidak pernah walau sekali dia menceritakn apa yang ibu lakukan pada dia..apatah lagi nak memburuk-burukkan ibu saya. Siapa tahu kan.. bila kita akan jatuh cinta lagi.. jatuh cinta yang paling mendalam dalam hati..itulah yang saya rasakan..
Saya keluar dari kereta…isteri datang pada saya hulurkn tangan untuk salam..saya terus memeluk dia seeratnya kemudian menangis…dia tanya..”abang..kekenapa?
Saya cakap..kita kemas kain baju..bawa yang mana perlu bawa sahaja.. penuhkan satu beg..cukup kelengkapan kita berdua untuk seminggu.. saya cakap pada isteri…jangan tanya apa-apa..ketika itu hati saya tak mampu dah nak menahan..bimbang tak dapat mngawal emosi..
Sesungguhnya Allah telah memberiku Amanah untuk dijaga..dan amanah ini akan ku jaga selagi mana hayatku masih ada…
Sepanjang perjalanan pulang dari ofis…saya sudah merancang untuk bawa isteri duduk dihotel..untuk sementara saya mencari rumah sewa.. saya daftar masuk ke bilik hotel yang selesa buat isteri..supaya saya tak perlu risau akan keselamatan dia. saya mesej ibu..saya bawa isteri pulang ke kampung pakciknya untuk seminggu..ibu tanya kenapa..tapi saya tidak membalasnya.
Ayah tidak tahu tentang hal ini..kerana ayah selalu berjauhan..
Ibu saya seorang yang disanjung masyarakat..kerana mengajar mengaji di madrasah..mengajar kitab fiqah di kampung-kampung sebelah..seorang yang berpegetahuan tinggi dalam agama.cantik berpakaian. kemas sentiasa..menjadi contoh buat ibu2…seorang yang saya sanjungi semasa kecil hingga dewasa..bercita2 untuk mencari seorng isteri yang mempunyai akhlak dan ilmu seperti ibu..
Ttp Allah temu dan jodohkan saya seorang isteri yang serba kekurangan..tidak bharta..tiada ilmu dunia apatah lagi akhirat.salasiah keturunan yang celaru..tidak pandai bersiap..tidak pandai mencantik diri.. tiada apa yang dapat bandingkn isteri dengan ibu..tetapi..Allah itu maha kuasa…saya temui cinta yang ikhlas, kebaikan dan ketenangan dalam hambamu yang paling serba kekurangan..
Dia isteri yang paling saya cintai..
Kini saya sudah menyewa di sebuah rumah yang selesa buat kami berdua..walau pun kecil..tapi isteri saya teramat gembira.setiap kali saya melihat wajah isteri..perasaan kasih itu tersentuh sampai kedalam hati.perasaan rindu itu lebih kuat dari sebelum ini…untuk pengetahuan smua..sehingga ke hari ini..isteri tidak pernah memberitahu saya tentang hal yang berlaku antara ibu dan dia..
Setiap hujung minggu..ketika cuti bekerja..saya bawa isteri pulang kerumah ibu.. tetapi tidak pernah walau sekali.. saya membiarkan ibu dan isteri berduaan..tidak pernah dan tidak akan berlaku lagi…
Bila ibu bertanya..kenapa pindah..saya hanya memberitahu..senang mahu berulang alik dari ofis ke rumah..ibu dan ayah pon tidak tahu dimana saya tinggal..
Saya sayangkan ibu…tapi saya sayangkan isteri saya lebih lagi…dia tak punya sesiapa ddunia ini..hanya lah saya yang dia ada..hanyalah saya yang menjaga nya..
Dia tak mungkin membaca luahan saya.. kerana dia tak punya fb..dan tak mampu membaca mesej shortform..
Ketika saya menaip ini pun..dia ralik dengan buku harry potter versi melayu yang saya belikan untuk dia..sudah berminggu…belum pon habis satu buku….
bacalah wahai isteriku..sesungguhnya..walau apa yang kamu lakukan di dalam dunia ini..ada seseorang yang sangat kasih pada kamu.. yang hatinya tak mngkin berbelah walau sedikit untuk mu..
Didunia ini.. mungkin kelihatan dirimu biasa-biasa sahaja..tiada yang istimewa…tetapi.. ku harapkan syurga untuk mu kelak…
Saya tidak pernah tahu dan tidak akan tahu mengapa ibu perlakukan isteri begitu…saya tidak akan bertanya dan juga tidak mahu mendengar.. walau hati ini seperti tidak dapat memaafkan ibu.. tapi apalah daya… sedangkan isteri saya seolah2 melupakan apa yang berlaku..mengapa saya yang perlu berlebih2 marahkan ibu?
Saya juga tidak tahu mengapa isteri saya tidak menceritakan apa yang berlaku.. sejak bila dia dibuat begitu oleh ibu..saya takkan mampu untuk bertanya. risau akan mengeruhkan keadaan yang seolah2 tiada apa yang berlaku… tapi..pada detak hati saya..setelah sekian lama mengenali isteri.. saya dapat rasakan..isteri takut akan kehilangan saya.. dia tidak berkongsi cerita kepada sesiapa..kerana dia tidak punyai kawan atau saudara yang lain.. dia tidak ceritakan pada saya..bimbang saya tidak percayakan dia.. dia memilih untuk berdiam diri.. namun Allah itu sntiasa ada untuk hambaNya yang teraniaya..
Seandainya..jika isteri saya ceritakan apa yang berlaku..tentu nya saya tidak akan percaya..jika tidak melihatnya sendri.. kerana itu…Allah telah atur jalan yang paling terbaik untuk saya dan isteri..
Buat para suami diluar sana… dengarlah apa yang isteri mu rasa.. dengar apa yang dia lalui jika bersama ibumu..sesungguhnya.. layanan ibu mu tidak akan sama dihadapan mahupun dibelakang mu..
Mohonlah pada Allah apa yang terbaik..
Saya telah meletakkan hati saya supaya sentiasa redha dengan percaturan yang Allah telah tulis buat saya..
Mudah2an hati ini sentiasa kekal redha dengan apa yang berlaku.. buat isteri… jika awak baca luahan ini suatu hari nnti.. abang memohon maaf semaaf2nya kerana telah meletakkan awak pada keadaan dianiaya oleh ibu abang.. membiarkan awak menderita untuk seketika..tapi awak perlu tahu..
mungkin abang tak kan selamanya ada di sepanjang hayat awak.. tetapi..abang akan sayangkan awak sepanjang hayat abang..
-Hamba Mu yang hina-
The post “Apa salah isteriku sampai ibu perlakukan dia sebegitu di belakangku” appeared first on The Alternatif.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ofdfwW✍ Sumber Pautan : ☕ The Alternatif
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment