Konsert Salman Khan Sepatutnya Jumaat Ini Ditangguh
Konsert menampilkan bintang Bollywood Salman Khan, “Da-Bang The Tour – Live in Malaysia” yang sepatutnya berlangsung di Pusat Konvensyen Pameran & Antarabangsa Mines pada 14 April (Jumaat ini) ditangguhkan.
Menerusi satu kenyataan daripada pihak penganjur yang dikirimkan kepada Malaysian Digest, memaklumkan konsert tersebut dijadualkan semula pada Julai 2017 kerana masalah “tidak dapat dielakkan” dan di luar jangkaan.
Notis juga memetik, pihak pengurusan akan memaklumkan secepat mungkin tarikh sebenar selepas pengesahan dengan artis berkenaan.
Konsert itu membabitkan 100 orang penari dan pemuzik dari India dan Malaysia di samping koreografer India terkenal Prabhu Deva, pelakon Tamanaah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.
Tiket pakej “Sultan” bernilai RM2,222 bagi konsert itu dikatakan paling laris terjual bukan sahaja dalam kalangan peminat di Malaysia malah dari Indonesia, Brunei dan Singapura.
Persembahan 3 jam oleh Salman Khan dan krewnya sepatutnya menghiburkan peminat dengan lebih 40 persembahan lagu dan tarian selain beberapa elemen kejutan.
Pemegang tiket boleh emel kepada rescheduledabang@gmail.com untuk maklumat lanjut.
The post Konsert Salman Khan Sepatutnya Jumaat Ini Ditangguh appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2py5u68✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment