Faradhiya elak berkawan dengan suami orang
Biarpun sudah berusia 33 tahun, Fardhiya berkata, dia tidak bimbang kerana masih single, tetapi lebih bimbang andai didekati lelaki yang berstatus suami orang.
Jelas penyanyi yang terkenal dengan lagu Bertakhta Di Hati ini, dia mengambil keputusan seperti ini bagi mengelakkan sebarang masalah dan kontroversi pada masa hadapan.
“Kalau tanya mana-mana wanita pun, pilihan utamanya pastilah mahu seorang lelaki yang masih single.
“Tapi kalau nak cari lelaki masih single pada usia seperti saya ini memang agak mustahil.
“Namun bagi saya, andai lelaki itu duda pun saya tak kisah, asalkan bukan suami orang.
“Bagaimanapun sebagai manusia saya hanya mampu elak dan doa, selebihnya ALLAH SWT yang menentukan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media Farahdhiya Live at Hard Rock Cafe, semalam.
Tambah Faradhiya atau nama sebenarnya Faradhiya Muhamed Amin sehingga kini, kesibukan dengan kerjaya dan pengalaman lalu menjadi antara punca dia masih lagi sendiri.
“Saya pernah berjanji dengan diri saya untuk keluar bersosial tahun ini sebab saya memang susah hendak keluar rumah kerana komitmen pada kerjaya dan keluarga.
“Tapi setakat bulan April ini saya belum melaksanakan (ketawa).
“Ada juga kawan kenalkan, tapi majoriti sudah berkahwin. Bila bujang pula, masih muda.
“Saya tak kisah muda tapi bila mereka tak matang dan pandai mengongkong walaupun belum ada apa-apa ikatan, saya jadi rimas.
“Kawan-kawan pula asyik doakan saya jadi isteri kedua suami mereka kerana mahu saya lebih banyak masa bersama mereka,” jelasnya.
Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terkininya, Faradhiya berkata, dia bakal mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 30 April ini.
Pada persembahan yang dianggap istimewa itu, Faradhiya akan menyanyikan 17 buah lagu pelbagai genre termasuklah dangdut dan rock.
“Saya harap dapat menghiburkan peminat-peminat saya yang lama tidak menonton persembahan saya secara langsung,” ujarnya.
Persembahan tersebut turut menampilkan penyanyi Melody United iaitu Kris Patt sebagai penyanyi undangan.
Tiket berharga RM50 hingga RM350 boleh didapati di www.airasia.com dan di Rock Shop Hard Rock Cafe KL.
The post Faradhiya elak berkawan dengan suami orang appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2osQaZm✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment