Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Pocket Rocketman’ Juara Dunia Di Hong Kong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Pocket Rocketman’ Juara Dunia Di Hong Kong

‘Pocket Rocketman’ Juara Dunia Di Hong Kong | JAGUH berbasikal negara, Azizulhasni Awang mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menamatkan penantian Malaysia merangkul pingat emas pertama negara acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong hari ini.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ menghadapi tentangan sengit daripada lima pelumba lain sebelum mencecah garisan penamat untuk meraih pingat emas dalam perlumbaan yang diadakan di Hong Kong Velodrome Park.
Pelumba Colombia Fabian Hernando Puerta Zapata memenangi perak manakala gangsa milik pelumba Tomas Babek dari Republik Czech, menurut laman web kejohanan itu; http://ift.tt/2fTBXQL.
Untuk rekod, Mohd Azizulhasni hanya berjaya memperoleh pingat perak pada 2010 di Denmark selain memenangi pingat gangsa, dua kali – di Perancis pada 2015 dan 2016 di United Kingdom dalam acara keirin.
Pelumba kelahiran Terengganu itu juga memenangi pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.
Terdahulu, seorang lagi pelumba Malaysia Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang pertama kali bersaing di kejohanan dunia, gagal mara ke pusingan kedua selepas menamatkan kedudukan di tempat kedua dalam perlumbaan repechage pertama, di belakang pelumba Jerman, Joachim Eilers.
Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus akan memberi tumpuan acara pecut individu, yang berlangsung Sabtu ini.


Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o9zULW

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita OMG™


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.