Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sheila Majid ‘Reject’ Lagu Suami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sheila Majid ‘Reject’ Lagu Suami

Selepas 13 tahun sepi tanpa album studio penuh, Ratu Jazz negara, Dato’ Sheila Majid kini kembali dengan album terbaharu, Boneka.

Menurut Sheila atau nama sebenarnya Shaheila binti Abdul Majid, 51, beliau mengambil masa selama tiga tahun untuk mengumpulkan material, sebelum semuanya berjalan lancar dan laju sebaik beliau bertemu komposer dan gitaris terkenal Indonesia, Tohpati pada tahun lalu.

Biarpun mengambil tempoh tiga tahun mengumpul material, namun proses rakaman lagu hanya memakan masa yang singkat dengan beberapa lagu dirakamkan di Indonesia dan selebihnya di Malaysia.

“Perancangan untuk menghasilkan album ini bermula sejak tiga tahun lalu sempena ulangtahun 30 tahun saya dalam industri dan memikirkan untuk hanya memuatkan lima lagu saja.

“Namun setahun selepas itu, proses pembikinan album ini terhenti kerana selepas memilih sebanyak 100 lagu yang diberikan kepada saya, hanya empat lagu yang betul-betul sesuai dengan saya. Banyak lagu yang saya reject termasuklah lagu suami saya sendiri (pemuzik Acis) pun saya reject kerana bukan lagu itu tidak bagus tetapi tidak sesuai dengan saya.

“Sehinggalah pada Mei tahun lalu ketika saya mengadakan konsert di Jakarta, saya sempat bertemu dengan Tohpati dan beliau berikan saya dua buah lagu untuk saya dengar dan terus saya suka. Sebelum itu sebenarnya beliau sudah memberikan saya lagu tetapi saya reject juga sebab tidak sesuai dengan saya.

“Kemudian saya terus berhubung dengan beliau dan beritahu saya suka lagu yang diberikan. Kami banyak berbincang menerusi email dan beliau telah memberikan hasil kerja yang sangat bagus. Akhirnya terhasil lah Boneka yang memuatkan 10 lagu,” katanya yang menyifatkn album ini sebagai hadiah istimewa buat peminat.

Sheila berkata demikian ketika temui pada majlis pelancaran albumnya bertempat di hotel Hilton KL, pada Selasa.

..

Menyentuh pula mengenai pemilihan predikat Boneka sebagai judul untuk album kelapan ini, Sheila berkata selain merupakan.single pertamanya, Boneka mempunyai signifikan tersendiri.

“Selama 32 tahun, saya meletakkan diri seperti boneka sewaktu berada di atas pentas untuk menghiburkan khalayak dengan imej penuh glamor dan selayaknya sebagai seorang penghibur. Saya adalah boneka kepunyaan khalayak sewaktu di pentas.

“Namun hakikatnya, saya adalah seorang individu yang low profil tetapi bekerja dalam ruang pekerjaan high profile. Jadi apa yang dipersembahkan, ditonton oleh khayalak itu hanya satu boneka,”tuturnya yang akan berangkat ke Jakarta, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Sheila bakal mengadakan konsert ‘Sheila Mahid: The Concert Kuala Lumpur 2017’ di Stadium Negara pada 5 Ogos depan.

“Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan hasrat saya. Selama ini saya banyak mengadakan persembahan di majlis tertutup tetapi kali ini skala besar dan penontonnya lebih ramai dan saya berharap ini juga peluang untuk generasi baru menyaksikan konsert saya kerana saya pasti mereka elum pernah menonton konsert saya sebelum ini,” katanya dengan nada teruja.

Tambah Sheila, beliau merancang mengundang pemuzik hebat Indonesia, Tophati bagi menjayakan konsertnya nanti.

‘Sheila Mahid: The Concert Kuala Lumpur 2017’, dianjurkan oleh IME Malaysia, diterbitkan oleh More Entertaiment dan disokong oleh syarikat pengurusan artis Megada Entertainment. Konsert ini menggabungkan sistem audio berkualiti tinggi, 100 para profesional dan ahli muzik terhebat dunia yang diteraui penerbit muzik tersohor Mac Chew.

The post Sheila Majid ‘Reject’ Lagu Suami appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ortmcp

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.