Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hilang tangan kerana hutang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hilang tangan kerana hutang

Hilang tangan kerana hutang|Lelaki parah di lengan kiri akibat ditetak seorang lelaki lain dipercayai kerana masalah hutang di Bagan Jermal di sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian 4 petang itu, suspek berusia 50 tahun datang ke rumah mangsa untuk membincangkan masalah hutang mereka.
Namun, berlaku pertengkaran di antara suspek dan mangsa yang berusia 42 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, berlaku pertengkaran sebelum suspek bertindak ganas dengan memukul mangsa.

“Suspek dikatakan menetak lengan kiri mangsa hingga hampir putus menggunakan golok.

“Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

“Akibat kejadian itu, tangan kiri mangsa tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong,” katanya.

Katanya, suspek turut ditahan pada hari kejadian di sekitar Butterworth bagi membantu siasatan selepas polis menerima laporan daripada adik mangsa.

Sementara itu, suspek yang dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth petang tadi dibenarkan tempoh reman selama tujuh hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata.

The post Hilang tangan kerana hutang appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2phHncL

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.