Warga Singapura selar Zed Zaidi
Seorang lelaki warga Singapura menyelar tindakan Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi kerana mahu beberapa artis Singapura dikenakan tindakan selepas didakwa mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sejak beberapa hari lalu, klip video rakaman lelaki berbaju hitam, bertopi dan bercacah di tangan itu menjadi tular di media sosial apabila melemparkan kata-kata penuh emosi terhadap Zed Zaidi.
“Adakah anda ingin masuk politik atau adakah ini jalan kamu ingin jadi kroni PM, saya mahu kamu hentikan sikap **** itu, tidak kisah sama ada presiden Seniman atau tidak kerana jawatan itu hanya diguna pakai di Malaysia.
“Masalahnya di sini, perdana menteri dan kementerian kamu tak cakap apa-apa, tetapi yang cakap banyak adalah badan seni macam Seniman,” katanya.
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Nick Mikhail Razak yang dikatakan pernah berlakon bersama Zed dalam filem Bicara Hati (2004).
“Kalau ada masalah dengan artis Singapura jangan hipokrit, seperti kita berdua yang ada isu sejak Bicara Hati tetapi jangan jadikan ia agenda personallah sampai nak 'bunuh' artis dari rantau lain. Apa masalah anda?," ujarnya.
Baca juga :
Nick pada masa sama turut mempertahankan pengacara Najip Ali yang turut terbabit dalam kontroversi berkenaan.
Malah, Nick turut menyamakan jenaka pelawak dari Malaysia yang pernah menjadikan Singapura sebagai bahan sindiran, tetapi tidak menjadi pertikaian warga republik berkenaan.
“Sebenarnya, kami tak kuasa nak hadap benda ini kerana anggap ia semata-mata hiburan, dan lagi pula perdana menteri kamu memang menjadi lawak kepada seluruh dunia,” katanya.
Menurut Nick, nama-nama artis yang berasal dari Singapura seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Hisham Hamid hanya mencari rezeki di Malaysia, dan begitu juga artis dari negara ini.
“Berhenti buli artis Singapura. Saya bukan presiden mana-mana persatuan pun tetapi saya percaya apa yang dibuat ini dan percaya dengan bakat tempatan,” katanya.
Pada 29 Mac lalu, stesen penyiaran Singapura Media Corp menyiarkan episod ke-26 program Ok Chope! yang dikatakan mempersendakan perdana menteri Malaysia.
Program dihoskan oleh Vernetta Lopez itu meminta empat selebriti, termasuk Najip Ali melengkapkan tajuk berita yang tertinggal satu perkataan dan kemudian dijadikan sebagai jenaka terhadap Najib.
Selepas menerima kecaman, Mediacorp dan Najip Ali membuat permohonan maaf secara terbuka.
Bagaimanapun Seniman menganggap permohonan maaf itu tidak memadai dan memohon kerajaan mengambil tindakan ke atas kelima-lima selebriti terbabit. Pejam Kelip
✍ Sumber Pautan : ☕ PEJAM KELIP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment