Hi! Welcome Back and Stay Tune! warga emas dibunuh ketika solat zuhur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

warga emas dibunuh ketika solat zuhur

warga emas dibunuh ketika solat zuhur|Wanita warga emas maut dipercayai dibunuh di Kampung Belukar Jambu, di sini, hari ini.

Mangsa, Rubiah A Rahman, 85, yang bertelekung dipercayai dibunuh ketika sedang solat Zuhur, 2.15 petang tadi.

Cucu mangsa, Siti Norazura Zaini, 28, berkata, kejadian disedari apabila ibu saudaranya, Saripah Ibrahim, 52, yang berada di luar rumah naik selepas terdengar sesuatu di dalam rumah berkenaan.

“Ibu saudara terkejut apabila mendapati nenek terlentang di ruang tamu.

“Ketika ibu saudara melihat keadaan nenek, seorang wanita keluar dari celah almari sebelum mencekik leher dan mengetuk kepala ibu saudara menyebabkan berlaku pergelutan,” katanya.

Sementara itu, adik lelaki Norazura yang berada di belakang rumah terdengar jeritan dan segera naik sebelum menolak wanita yang ketika itu duduk di atas ibu saudaranya.

Berlaku pergelutan sebelum lelaki terbabit menahan wanita itu dengan bantuan orang ramai yang menyedari kejadian itu.

Wanita itu kemudian diserahkan kepada polis yag tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Suspek sudah ditahan dan kes ini dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

The post warga emas dibunuh ketika solat zuhur appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2phgx4y

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.