Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami Terlalu Sibuk, Mia Batalkan Majlis Resepsi di KL - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami Terlalu Sibuk, Mia Batalkan Majlis Resepsi di KL

Menerusi laporan BH online, pelakon yang popular menerusi drama Hati Perempuan, Mia Ahmad, terpaksa membatalkan majlis resepsi yang dirancang diadakan di ibu kota berikutan kepadatan jadual suami, Mohd Izham Tarmizi Roslan, 26.

Majlis terbabit sepatutnya berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini pada 22 Mac lalu, sejurus selepas majlis bertandang di negeri kelahiran suaminya, Terengganu.

“Memang sejak awal lagi, majlis berkenaan sudah dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur. Namun, berikutan jadual suami yang terlalu padat, hasrat itu terpaksa dibatalkan.

“Jujur saya katakan, jadualnya memang tersangat padat. Kami memang tidak boleh nak selitkan apa-apa lagi. Akhirnya, kami terpaksa mempertimbangkan juga perkara itu walaupun tentunya saya rasa sedih kerana ada teman rapat di ibu kota, termasuk rakan media, kru produksi dan pengarah, yang tidak sempat datang ke majlis kahwin saya sebelum ini.

“Saya harap mereka dapat memahami kesulitan ini,” katanya menerusi laman sosial Instagram sekaligus memohon maaf di atas pembatalan majlis terbabit.

Akui Mia, walaupun serba salah, beliau harus membuat keputusan sedemikian kerana enggan membebani sesiapa, terutama suami.

“Saya pun sudah berkahwin selama tiga bulan. Kalau hendak diadakan juga majlis yang tertunda ini, rasanya macam sudah basi,” katanya lagi.

Menerusi laman Instagramnya, Mia dan suami turut memohon maaf kepada pereka pelamin, RekaTemoor, pihak hotel dan pereka fesyen, Cosry serta Lynda Rahim, kerana terpaksa menghampakan mereka.

“Tak dapat juga nak jadi Elsa macam Frozen,” tulisnya.

Mia, 29, bernikah dengan Izham yang juga penjaga gawang pasukan bola sepak JDT, pada 13 Januari lalu di Taiping Sentosa Villa.

The post Suami Terlalu Sibuk, Mia Batalkan Majlis Resepsi di KL appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oEOZIC

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.