Farahdhyia Disangka Sombong Kerana Miliki Wajah Serius
Penyanyi dan pelakon Farahdhiya, 33, mengakui gara-gara riak wajahnya yang serius secara tidak langsung menimbulkan persepsi oleh sesetengah pihak yang menganggap dirinya seorang yang sombong dan sukar untuk di dekati.
Bukan mahu meluahkan rasa marah kepada mana-mana pihak yang melemparkan persepsi sedemikian sebaliknya penyanyi yang sangat popular dengan lagu Bertakhta Di Hati ini berharap agar pihak berkenaan tidak terus menilai sebelum benar-benar mengenali dirinya.
“Iras dan riak wajah saya yang serius membuatkan ramai yang selalu salah sangka dan menganggap saya ini seorang yang sombong. Padahal saya bukanlah sombong tetapi dah memang saya dilahirkan dengan wajah yang begini. Saya tidak merungut sebaliknya bersyukur.
“Agaknya mungkin saya harus menjalani pembedahan plastik menukar muka saya biar nampak seperti selalu tersenyum, baru lah orang tidak anggap yang saya ni sombong,” tuturnya dalam nada bergurau.
Tambah bekas naib juara Gegar Vaganza musim kedua (GV2) ini hakikatnya dia seorang yang mudah mesra dan lebih senang menjadi diri sendiri setiap kali berdepan dengan khalayak. Pun begitu, bergelar seorang selebriti menjadikan beliau sentiasa beringat agar berfikir sebelum melakukan sesuatu mahupun bercakap mengenai sesuatu perkara di depan umum.
“”Saya ni pun sebenarnya ada juga perangai ‘giler-giler’. Ramai juga orang yang berkata pada saya, memang sebelum mereka kenal saya, mereka tidak suka dengan saya namun selepas kenal dan tahu bagaimana sikap dan diri saya yang sebenarnya, baru lah persepsi mereka terhadap saya berubah.
“Selama berada dalam industri banyak mengajar saya bahwa sebagai artis kita tidak boleh 100 peratus menjadi diri sendiri. Misalnya dalam setiap tingkah laku kita mungkin ada yang tidak elok dipandangan mata orang lain atau mungkin kita tersalah cakap tentang sesuatu, padahnya akan terkena pada kita sendiri.
“Hal sebegitu yang mengingatkan saya supaya sentiasa berfikir dahulu baik sebelum bercakap mahupun melakukan sesuatu perkara, “katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert solonya, bertempat di Hard Rock Cafe, KL, pada Rabu.
Konsert Sulung
Selepas 12 tahun berkecimpung dalam industri seni, akhirnya Farah berpeluang mengadakan konsert sulung yang bakal berlangsung pada 30 April ini, jam 2.30 petang di Hard Rock KL.
..
Pada konsert yang diberi nama ‘Farahdhiya at Melody United Music’s Live at Hard Rock Café KL Series’ ini, dia bakal mempersembahkan sebanyak 17 buah lagu hits terdiri daripada pelbagai genre muzik seperti balada, pop, rock dan dangdut serta lagu single baharunya berjudul Kepada Dia.
“Saya sangat teruja namun dalam masa sama berasa gementar kerana ini merupakan konsert saya yang pertama setelah 12 tahun dalam industri.
“Sengaja saya pilih tarikh di dalam bulan April untuk mengakan konsert ini kerana saya anggap ia sebagai hadiah hari ulangtahun kelahiran saya yang 33 yang bakal saya raikan dua hari sebelum konsert nanti,” katanya.
Masih Solo
Dalam pada itu, ditanya mengenai kehidupan peribadi, sambil melemparkan senyuman Farah berkata dia masih solo dan tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.
“Saya masih solo, belum jumpa lagi yang betul-betul sesuai. Saya rasa, mungkin sebab saya kurang bersosial jadi itu sebabnya saya belum ada teman lelaki.
“Kebiasaannya jika tidak sibuk dengan komitmen kerja, saya habiskan masa di rumah dan menjaga ayah saya lagipun dia.kurang sihat. Tapi mungkin selepas ini saya akan mula bersosial lah,” katanya.
Tidak meletakan sebarang kriteria utama mengenai lelaki pilihannaya namun Farah berharap dia pertemukan jodoh dengan seorang lelaki matang dan boleh memahami serta menerima dirinya seadanya.
“Paling saya elak adalah lelaki yang berstatus suami orang. Saya bukan lah mencari seorang yang terlalu kaya tapi biarlah dia seorang boleh menyara saya, matang dan benar-benar boleh menerima diri saya. Saya tertarik pada lelaki yang bersikap tenang, sempoi dan tidak kebudak-budakan,” katanya.
The post Farahdhyia Disangka Sombong Kerana Miliki Wajah Serius appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p2qfL1✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment