dua maut tersepit, kereta bertembung lori
dua maut tersepit, kereta bertembung lori|Dua maut manakala dua lagi cedera apabila sebuah lori tiga tan dan sebuah kereta PROTON Waja bertembung dalam kejadian di Jambatan Kampung Bikam di sini hari ini.
Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mangsa mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Ameer Fahmiey Mohamad Zamir, 17, manakala seorang lagi mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti identitinya.
Pemandu dan kelindan lori berusia 51 dan 25 tahun dilaporkan turut mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor, Mohd Nadzir Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.52 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, kedua-dua mangsa didapati tersepit di tempat duduk masing-masing dan berjaya dikeluarkan selepas bahagian kenderaan dipotong menggunakan pemotong hidraulik.
“Kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala dua yang cedera dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan manakala operasi ditamatkan jam 6.02 petang,” katanya ketika dihubungi.
The post dua maut tersepit, kereta bertembung lori appeared first on Eberita.org.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nMxF50✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment